Wednesday, December 30, 2009



~Minggu Penghayatan Islam Ke-12~



Sila Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas

Sama-sama memeriahkannya..insyaAllah...

"Bersama Memartabatkan Islam~



Tuesday, December 29, 2009


~“Dunia sudah maju zaman sudah berubah”~


Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah…hari demi hari,kita masih lagi diberikan nafas untuk terus berlakunya pertukaran oksigen dan karbon dioksida bagi memenuni keperluan tisu-tisu badan…Alhamdulillah kerana Allah masih membiarkan penghasilan ‘action potential’ yang seragam dalam menggerakkan jantung kita…cuba kita bayangkan jika allah mengubah sedikit sahaja ‘action potential’ jantung kita…sudah tentu mudah sahaja untuk kita memdapat ‘cardiac arrhythmia’ dan selepas itu sampai kedapa cardiac arrest…sekadar mencetus pemikiran masing-masing bahawa sangat mudah untuk Allah mematikan seseorang itu…jgn sekali-kali kita fikir bahawa kita memiliki tubuh badan yang sihat dan tidak mungkin mati pada usia yang muda ini….

Firman Allah:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-imran: 185)

“Dunia sudah maju zaman sudah berubah”. Ini mungkin moto segelintir daripada kita.Ada kebenaran yang terpalit dek slogan itu. Kebenaran yang dijadikan sandaran oleh segelintir daripada kita. Ana nak bercakap tetapi ana tidak tahu bagaimana hendak memulakan cabang ini. Ok lah..mengenai industri "per-couple-lan"...Adakah agama kita menghalalkan “couple” ini?..dengan sedikit ilmu yang ada ana mulakan dengan apakah arah couple ini. Cinta monyet, cinta pandang pertama dan macam-macam kalimah dalam soal ini. Dan bila “couple” ini dikaitkan dengan cinta, apakah ianya benar-benar cinta? Sejauh manakah cintanya itu?dan apakah benar ianya cinta? fahamkah apa sebenarnya cinta ini? dari mana datangnya cinta ini? Kepada siapa cinta ini hendak kita dahulukan? Bagaimanakah cinta antara lelaki dan perempuan ini Islam gariskan? Andai terjawab segala persoalan soalan ini bagi ana ianya sudah cukup untuk kita menilai semula tujuan kita. Tujuan hubungan antara lelaki dan perempuan. Hubungan yang mulanya kata nak “kawan”.


Sekadar untuk berkongsi dan peringatan untuk ana dan kalian disana, memang tidak dapat dinafikan, perasaan, cinta, sayang, rindu dan inginkan pasangan itu adalah fitrah yg ada pada manusia. Memang wujud. Mana mungkin si lalaki mampu menipu diri dari menyukai perempuan. Dan begitulah halnya perempuan kepada lelaki. Tetapi persoalanya bagimanakah Islam menggariskan agar hubungan ini senantiasa mendapat “sijil halal” yg tiada mengandungi “perisa haram” didalam kandunganya. Begitu juga ana dan mungkin juga kalian disana, nafsu sentiasa membelai dengan kemanisan yg kadangkala membuat kita terkandas. Ujian yg mampu memperlihatkan sejauh mana kemantapan kita. Kemantapan dari sudut iman dan seterusnya taqwa. Tidak takutkah kita membaca kes-kes buang bayi? Zina? Khalwat? Rogol? Ada sumber yg mengatakan kes-kes seperti rogol membabitkan pasangan ini sebenarnya dari kerelaan pasangan. Dan cara terbaik untuk menutup malu, si pihak keluarga perempuan melaporkan bahawa anak mereka di rogol. Ana tidak pasti tentang ini. Tapi jika kita melihat dari satu sudut ada kebenaranya jika bila berdua sudah semestinya ada yg ketiganya. Bagi pandangan ana perkahwinan itu adalah permulaan dan segalanya untuk perasaan yg bersarang dalam diri kita. Rindulah, sayanglah, cintailah, kasihlah tika di alam perkahwinan. Kerana jika kita tidak bermula dengan indenks-indeks maksiat, maka akan lahirlah perkahwinan yg sakinah dan hubungan yg erat. Disitu ana dapat melihatnya adalah permulaan, kesudahan, praktikal yg ideal lagi bernas serta kena pada haknya. Rasulullah s.a.w ada sarankan kita supaya berpuasa jika tidak mampu. Kerana puasa itu dapat melewati hawa nafsu. Ana yakin Islam telah menggariskan panduan yg cantik dan terbaik dalam soal ini. Si isteri akan menepati sebagai isteri yg taat pada suami. Dan suami juga akan memengang watak suami yg digariskan oleh Islam. Sudah terdapat cara yg dianjurkan. Tiada lopong-lopong yg boleh kita mempersoalkan dan mempertikaikan panduan yg sudah ada dalam akta Islam.Kerana proper kepada semuanya ini adalah dari Allah s.w.t, Muhammad s.a.w, Para sahabat dan seterusnya para ulama yg sentiasa memelihara dan menjaga kesucian Islam itu. Dan kita akan tahu dimana letaknya dan waktunya “I love you” itu disampaikan dan diungkapkan..InsyaAllah.

Entry ini hanya untuk berkongsi pendapat dan pandangan. ana berharap ianya mampu menyumbang walaupun sedikit Cuma untuk menjadi panduan atau peringatan sesame kita khususnya ana sendiri. Sebab ana pun belum berkahwin. Hhheee….Kepada yang sedang bercouple...fikir-fikirkan....bagi yang hendak berjinak-jinak dengan percouplelan,usahaan lah agak tidak terjebak...bagi yang sudar sedar..alhamdulillah,kita banyakkan berdoa kepada Allah supaya ditetapkan hati di atas mentaati dan berada dijalanNya..yang pernah terjerumus tidak semestinya selamanya terus terjerumus....sampaikanlah kepada org ramai tentang kebenaran ini....tidak perlu malu dan segan untuk menyampaikan yang benar walaupun kita pernah berada dalam kancahnya...kerana org yang berbuat dosa dan maksiat itu mulia pada pandangan Allah sekiranya dia bertaubat....sesungguhnya kita semua adalah manusia biasa yang penuh dengan kelupaan dan kelalaian....hanya Allah yang maha sempurna...

Sekadar itu...

Sekian Wassalam…

Mohamad Solehin Bin Bakri

msb_rg8@yahoo.com


Saturday, December 26, 2009


~Puasa Sunat 10 Muharram~

PENDAHULUAN
 Allah S.W.T dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah (al-Rahmah) lagi Maha Penyayang  (al-Rahman) telah menetapkan sesesetengah bulan itu memiliki keutamaan yang  lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain agar Dia dapat memberi ganjaran  yang lebih kepada hamba-hamba-Nya pada kadar-kadar masa yang tertentu itu. Di  antara bulan yang dianggap istimewa itu adalah bulan Muharram yang merupakan  bulan yang pertama dalam kalendar hijrah dan ia juga merupakan salah satu dari  empat bulan-bulan haram yang penuh berkat. Firman-Nya dalam Surah At-Taubah, Ayat 36:  “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan,  (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan  bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu  ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam  bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah  kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan  ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa” Menerusi firman-Nya “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan  yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)” ia menunjukkan bahawa pada  bulan-bulan haram yang mana Muharram adalah salah satu darinya kita dilarang  dari melakukan perbuatan-perbuatan yang terlarang kerana dosa melakukan  kemungkaran pada bulan-bulan ini adalah lebih buruk balasannya daripada Allah  S.W.T. berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Namun begitu bagi mereka yang  melakukan amal-amal yang soleh ganjaran pahalanya juga adalah lebih tinggi  berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati  dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama  bulan-bulan tersebut: “Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan  langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah  bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu  bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan  Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban.” –  Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662 Kita telah sampai ke dalam bulan Muharram. Bulan awal yang mulia ini adalah  bulan pertama di dalam Kalendar Hijriah. Seperti yang kita sedia kita maklum,  di dalam bulan Muharram inilah ada hari yang telah disunatkan kepada kita untuk  berpuasa iaitu puasa hari ‘Asyura. Malah, ada petunjuk dari Rasulullah juga  memberi galakan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram.  KELEBIHAN  Daripada Abu Hurairah Radiyallahu’anh berkata : bahawa Rasulullah  Sallahu’alaihiwasallam bersabda : “Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan  ialah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah  solat pada malam hari”. Di dalam riwayat yang lain “Solat di sepertiga malam” [Riwayat Muslim no.2812 dan 2813]
 GALAKAN BERPUASA ‘ASYURA’
 Daripada Abu Qatadah Radiyallahu’anh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari  ‘Asyura. Maka sabdanya : “ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. Didalam  riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari ‘Asyura menghapuskan dosa tahun  sebelumnya”. [Riwayat Muslim no. 2803 dan 2804] Hadith diatas jelas merupakan anjuran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa  pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah Muharram. Ini dijelaskan pada akan  terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil. Majoriti ulama  menyatakan bahawa dosa-dosa besar tidak dapat dihapuskan dosanya melainkan  dengan bertaubat kepada Allah Ta’ala dan menegakkan hukum hudud terlebih dahulu  bagi pesalah yang thabit didalam undang-undang Islam.
 HIKMAH PUASA ‘ASYURA’
 Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau  mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ‘’Asyura. Kemudian Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Hari apa yang kamu berpuasa ini?”  Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini  adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula  Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam keadaan  bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini.” Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Kita seharusnya lebih berhak dan  lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.” Lalu setelah itu Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa. [HR. al-Bukhari no.2004 dan Muslim no. 2714] Hadith tersebut di atas menunjukkan kepada kita betapa Rasulullah mengikut apa  yang dilakukan oleh Nabi Musa kerana merasakan umatnya lebih berhak untuk  meluahkan rasa kesyukuran seperti yang berlaku kepada Nabi Musa yang selamat  dari ancaman Fir’aun. Antara hikmahnya ialah membezakan umat Nabi Muhammad dari orang Yahudi. Ini  kerana ada hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang menjelaskan bahawa  orang Yahudi menjadikan hari 10 Muharram ini sebagai satu perayaan, tetapi umat  Islam menjadikan hari ini untuk berpuasa. Ini merupakan perbezaan yang sering  baginda lakukan dan kita akan lihat beberapa perbezaan yang Nabi anjurkan  kepada umatnya.
 DISUNATKAN PUASA PADA 9 MUHARRAM
 Daripada Ibn Abbas Radiyallahu’anhuma bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada  hari ‘Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa, para sahabat bertanya : “Ya  Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (’Asyura) merupakan hari ini adalah hari  yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika  tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari  kesembilan”. Ibn Abas berkata “Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam  sudah meninggal dunia.” (HR. Muslim no. 2722) Di dalam riwayat yang lain, Nabi Sallallahu’alalihiwasallam bersabda: “jika ada kesempatan ke tahun akan datang, aku akan berpuasa pada hari  kesembilan”. (HR. Muslim no.2723) Ini menunjukkan kesungguhan baginda ingin berpuasa tetapi tidak kesampaian.  Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju untuk menyatakan ini menunjukkan betapa  Nabi Muhammad Sallallahua’alaihiwasallam ingin melakukan perbezaan daripada  amalan ahli kitab. Ini juga dijelaskan oleh satu athar daripada Ibnu Abbas : “Berpuasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh, dan bezakanlah (dari meniru)  Yahudi” [HR. Al-Baihaqi no.8665] Ini disokong dengan banyaknya hadith yang menegah kita meniru orang-orang kafir.
 KESIMPULAN
 Setelah dinyatakan sunat berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh,  sebahagian ulama membahagikan martabat puasa di dalam bulan ini. Antaranya  Syeikh Abdullah Soleh AlFauzan mengatakan puasa di dalam Muharram terdapat  beberapa peringkat  iaitu : 
Pertama : Berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram. Ini berpandukan dari nukilan Imam  Ahmad [AlMughni 4/441, Iqtidaus Siratul Mustaqim 1/419] 
Kedua : Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini seperti yang dijelaskan di dalam  artikel ini. 
Ketiga : Berpuasa 9 dan 10 atau 11 Muharram. Ini berpandukan dari satu athar  yang dhoif dari Ibn Abbas. 
Keempat : Hanya melaksanakan puasa 10 Muharram. Ini menjadi perselisihan para  ulama akan makruhnya dengan hanya berpuasa pada hari 10 Muharram. Dan yang  paling jelas, ia makruh kepada sesiapa yang mampu untuk mengumpulkan hari ke 9  dan 10 dan tidak hanya berpuasa pada hari ke 10 sahaja. 
Wallahua’lam 

[Risalah Ahadith Syahrillah AlMuharram ms 13]


Tuesday, December 22, 2009

~Iftar Jama'ei Dan Ceramah Maal Hijrah~



IFTAR JAMAI'E
&
CERAMAH HIJRAH

"Menjemput Berkat Dalam Study"

Tarikh : 28 Disember 2009 (Isnin)
Masa : 6.45 ptg - 9.00 mlm
Tempat : Masjid Pusat Islam
Disampaikan oleh : Ustaz Abdul Fatah

SEMUA WARGA KAMPUS DIJEMPUT HADIR!!!!

*Jamuan berbuka puasa disediakan
*Sebarang maklumat atau pertanyaan, hubungi:
Firdaus - 0194508502
Auji - 014517969

Sunday, December 13, 2009


~Bersahabat Hingga Ke Syurga~




Assalamualaikum....ini posting ana yang kedua untuk malam nie...biasa lah...2 event besar yang berlaku dalam 1 malam..kena gak tulis dua2 skali..if x...xkan teringat nak tulis dah...hehe

Jadi..sekitar sambutan birthday sahabat kami seorang nie...'Firdaus'....kami semua telah bercadang menyediakan 1 video multimedia dengan bantuan Ramadhan..jadi...terterbitlah sebuat video multimedia yang menimbulkan nostalgia-nostalgia kegembiraan bersama..hehe...saksikan:



Hayatilah erti sebuah persahabatan....jika kita bersahabat,bersahabatlah hingga syurga..jika bercinta,bawalah cinta hati kita jauh dari neraka...hayati erti persahabatan yang mengandungi kemanisan dan saling menabur pengorbanan...

kepada sahabat-sahabatku:

"Ukhwah Fillah Abadan Abada,Hanya Berukhwah atas Dasar Islamiah Akan Berkekalan"


Yang Ikhlas,

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com

(^_^)


Saturday, December 5, 2009

~Antara Doa Dan Politik~

Petikan dari: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis)

Baru-baru heboh isu seorang tokoh politik telah mendoakan agar keburukan menimpa pemimpin negara. Doa ini adalah tindakan balas bagi isu royalti minyak Kelantan.

Berbagai pandangan dikeluarkan. Biasanya, penyokong parti politik masing-masing akan memberikan pandangan yang berpihak. Kesemua pihak cuba membela tokoh partinya. Itulah salah satu keburukan politik kepartian apabila fanatik menyelimuti diri.

Golongan agama yang berkepentingan pun akan mengambil kesempatan mengampu pihak yang boleh memberi manfaat keduniaan kepada mereka. Maka pandangan dan hukum agama akan diberikan berasaskan kepada keperluan politik, bukan tuntutan nas dan penilaian realiti yang berlaku.

Sedangkan nas syarak itu asas, sedangkan realiti itu dinilai dalam melihat adakah wujud keserasian untuk dipadankan nas tertentu dengan konteksnya yang sesuai.

Maka perkara pertama seorang pengkaji Islam hendaklah memahami apakah dalil-dalil syarak dalam sesuatu perkara.

Kedua, adakah dalil-dalil itu bertepatan dengan realiti atau konteks yang wujud. Umpamanya perkara yang pernah saya sebutkan dahulu tentang hukum menjawab salam bukan muslim. Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka ertinya menjawab salam bukan muslim dengan ucapan ‘wa ‘alaika’ itu hanya dalam konteks di mana mereka memberi salam dengan cara dan niat yang jahat, bukan dalam keadaan yang apabila salam diberikan dengan sopan dan hormat.

Ertinya melihat nas dalam realitinya adalah penting bagi seorang sarjana dalam memahami sesuatu hukum. Perbezaan keadaan boleh membawa kepada perbezaan hukum. Namun, dalam menilai hukum ia mestilah bertitik tolak dari dalil-dalil syarak, kemudian memahami dalil-dalil tersebut dalam realitinya yang sebenar.

Saya bukan ingin berbicara tentang doa politik tersebut, tetapi ingin berbalik kepada isu doa keburukan kepada sesama muslim, boleh atau tidak?. Ada yang menjawab sama sekali tidak boleh. Ada pula yang menjawab sama sekali boleh. Mungkin ada yang fanatik parti akan menjawab, doa untuk parti musuh boleh, parti sendiri tak boleh. Itu pun belum lagi kita tanya dia ‘bagaimanakah mengklasifikasi perkataan ‘musuh’ menurut Islam?!

Sebelum kita melihat ke dalam konteks bersaingan politik dan salahguna agama dalam suasana politik yang ada, mungkin seseorang boleh menjadikan soalan itu lebih mudah dihayati dan difahami dengan bertanya; “jika seseorang muslim menzalimi saya, bolehkah saya doakan agar Allah mengambil tindakan atau menghukumnya di dunia?”.

Maka di sinilah memerlukan dalil-dalil syarak dalam menetap asas ini. Kemudian, barulah kita akan lihat konteksnya, iaitu adakah orang yang dikatakan zalim itu memang benar-benar zalim?! Kemudian, adakah setimpal kadar kezaliman itu dengan isi doa yang dilafazkan?!

Dalam hidup kita ini kita mungkin akan menemui manusia yang mengaku muslim tetapi sangat jahat, menginayai dan menzalimi kita. Menipu, menfitnah dan menyiksa kita; boleh atau tidak kita berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya?

Lebih jelas jika kita kenang wanita yang dirogol, atau diragut sehingga cacat, atau keluarga dibunuh, adakah mereka diizinkan Islam agar berdoakan kepada Allah untuk menurunkan musibah atau balasan dunia kepada orang menzaimi mereka?!

Ungkapan sesetengah tokoh agama bahawa sama sekali tidak boleh doa bala atau keburukan kepada muslim sekalipun zalim adalah kurang teliti dan menafikan nas-nas yang mengizinkan hal ini.

Sementara kenyataan yang menyebut boleh secara mutlak berdoa agar diturunkan bala kepada muslim atau bukan muslim tanpa meneliti kadar yang dikatakan zalim itu, atau musibah yang diminta itu akan menyebabkan doa menjadi permainan lidah dan berlaku kemelampauan dalam berdoa. Namun kita percaya Allah Yang Maha Bijaksana tidak akan menerima doa yang tidak betul atau disalahgunakan.

Dalam hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan bahawa berdoa agar Allah kenakan tindakan kepada yang patut menerima doa sedemikian rupa adalah diizinkan.

Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:

Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh awak, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”. Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya. Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku?”. Baginda bertanya: “Apadia wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”. Rasulullah s.a.w pun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk tuhanku? Aku telah memberikan syarat untuk tuhanku, aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.

Dalam hadis ini, ungkapan Nabi s.a.w yang seakan doa itu telah membimbangkan anak yatim tersebut. Namun, Nabi s.a.w. akur sebagai insan yang bukan malaikat, hal-hal keinsanan itu mungkin berlaku kepada baginda.

Maka baginda meminta agar doa keburukan baginda kepada mereka yang tidak layak bertukar menjadi kebaikan. Dalam ertikata lain, jika layak dengan mereka maka ia akan mengenai orang tersebut. Sikap mulia Nabi s.a.w juga menunjukkan baginda mengakui kesilapan insani itu dan memohon agar ditukar doa baginda kepada kebaikan.

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir. Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”. Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

Doa-doa di atas jika kita lihat tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Penilaian zalim itu sendiri kadang kala dipengaruhi emosi, atau kita juga lupa ada kesalahan kita juga dalam kes yang kita rasa kita dizalimi.

Maka dengan cara menyebutnya berlapik kata, ia lebih santun dan Allah Maha Mengetahui. Manusia boleh membuat berbagai andaian terhadap doa, tetapi Allah Maha Mengetahui doa siapakah yang layak diterima dan siapakah pula yang mencapai ‘darjat zalim’ yang melayakkan doa orang dizalimi itu mustajab lantas menimpanya.

Berhati-hatilah yang berdoa. Juga lebih berhati-hatilah mereka yang ‘kena doa’ yang telah menzalimi orang lain. Di samping kita berdoa, kita pasrah kepada Allah, kita juga memuhasabah diri sendiri.



~Forum Wacana Perdana~




Tajuk:

"Islam Di Malaysia,Realiti & Harapan"

Tarikh:
12 Disember 2009 (Sabtu)
Masa:
9.00 Malam
Tempat:
Kelantan Trade Centre (KTC),Kota Bahru.(Hadapan Stadium Sultan Muhammad ke-IV)

Ahli Panel:

YB Dato' Mohd Amar Nik abdullah (Exco Kerajaan Kelantan)

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis)

Dato' Hj. Nakhaie Bin Ahmad (Bekas Pengerusi YADIM)

Ustaz Afandi Yusoff (Exco Pemuda UMNO)

Prof. Madya Mohammad Agus (Pensyarah Sains Politik UKM)-Moderator Forum

Semua Dijemput Hadir...

(^_^)

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com


Friday, December 4, 2009

~Laksanakan Mengikut PRIORITY!!~