Friday, August 21, 2009

~Marhaban Ya Ramadhan~


Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim...
Marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadhan".

Mengucapkan "Marhaban Ya Ramadhan" (Selamat Datang Ramdhan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramdhan yang mulia ini.

Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadhan.

Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadhan.

Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)


Apa perkara pertama perlu dilakukan??

Memperbetulkan aqidah dan keimanan kepada Allah swt menurut panduan yang sahih dengan memastikan kefahaman aqidah, konsep keimanan berada di landasan yang benar dan membersihkan karat-karat kesyirikkan dan kejahilan dari jiwa.

“ Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.” (Al-Isra : 15).

Marhaban Ya Ramadhan.

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk ramadhan tahun ini....bersyukurlah!!!

Mohamad Solehin Bin Bakri,
msb_rg8@yahoo.com

.

Tuesday, August 18, 2009

Ihya' Ramadhan Di Serambi Mekah


Rasai kelainan suasana Ramadhan di QARYAH RAMADHAN di Stadium Sultan Muhamad Ke IV.

Khemah terawikh berhawa dingin beraroma haruman timur tengah dan berimamkan iman khas dari negara Mesir.

Nikmati makanan citarasa arab di Mubarak Cafe yang berkonsepkan dekorasi arab.

Bermula jam 12 malam setiap malam Relay Al Quran oleh para huffaz.

Sepetang Di Ambang Iftar setiap Ahad, Selasa dan Khamis mempersembahkan nasyid Bersama Advice, talkshow Bual@Bicara Remaja dan Interaktif Nisa. Menampilkan tetamu-tetamu undangan, persembahan khas, interaktif audien dan pelbagai slot menarik yang turut menawar hadiah.

Wacana Mukjizat Al Quran dan Forum Badar Qubra.

QARYAH RAMADHAN juga menyediakan hidangan iftor (berbuka puasa) setiap hari kepada pengunjung.
Dan pelbagai lagi acara mengamit anda ke QARYAH RAMADHAN

SELAMAT BERKUNJUNG KE QARYAH RAMADHAN



Monday, August 10, 2009


~Bila Penyakit Hati Datang Menyerang~




Salam....hmmm....ari nie ana nak sentuh mengenai PENYAKIT HATI....hmmm...tajuk nie sebenarnye besar scopenye....mslh nie yg paling kiter x sedar n berat tuk atasi....


Apa tu PENYAKIT HATI????


mcm2 definisi yg diberikan...klu ikut org sains perubatan..PENYAKIT HATI ialah mcm barah hati.....bagi remaja pula...PENYAKIT HATI adalah mcm mslh yg berkaitan dgn cinta....hmmm..mcm2 pemikiran orang kan???....yer la..coz benda nie ikut kefahaman masing2....


Ok la...apa yg ana nak sentuhkan disini ialah PENYAKIT HATI dlm konsep ISLAM....tahu x apa penyakit yg tergolong dlm PENYAKIT HATI...antara penyakit itu ialah sifat2 dengki,takbur,ujub,riak n others yg berkaitan dgn mslh hati....klu kita kaji n muhasabah diri...pernah x diri kiter nie x der alami langsung sifat2 yg ana sebutkan???...klu x der alhamdulillah....tp klu ada...pasti rasa terlalu sakit tuk ubati....serius ana rasa...itu la hakikatnye...kdg2 tertimbul rasa dengki dgn seseorg....n kdg2 timbul rasa takbur(berlagak dgn apa yg ada)...riak n ujub(berlagak dlm hati...hanya Allah n diri kita jer yg tahu)--- >nie mslh yg paling berat.....mcm mane kiter nak atasi yer??..memang la nmpk benda nie mcm simple...tp benda2 mcm nie la yg bleh menyekat n mnjd hijab kita dgn Allah n segala kebaikan yg kita nak lakukan....sbb tu la doa susah nak Allah makbulkan..coz ada mslh yg mcm nie...cth: dlm kita lakukan ibadah,tibe2 terlintas dlm hati nie..."Wah,mesti diorg ckp aku alim."....Ya Allah...nauzu billah....pernah x shbt2 terberada dlm situasi mcm nie???...


Sama2 la kite muhasabah diri....jika berlaku situasi mcm nie n terasa mcm nie...cepat2 la kite beristhigfar n wat la solat sunat taubah....moga2 kita x dilekakan dgn penyakit2 ini....nmpk kecil tp effectnye amat besar....ana sendiri akui....


So..tuk shbt2 yg disayangi sekalian...marilah kita sama2 membersihkan hati kita yg tidak pernah lari dr titik2 hitam n bisikan syaitan....rajin2 la berzikir n membaca Al-Quran bg menguatkan hati....sesungguhnye raja tubuh adalah HATI....jika rosak HATINYA,maka rosak lah tubuhnye...semua sygkan HATI kita yg Allah berikan nie...tul x???..tanpanye...boleh hidup x kite???....so sama2 la fikirkan yer....n jgn lupe muhasabah diri...ok???....



JAGALAH HATI,


JGN DIKOTORI....





Wallahualam ;)


~mardhatillah~


Wednesday, August 5, 2009

~CFCS...H1N1....Suatu Ujian~

~CFCS...H1N1....Suatu Ujian~


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah…sama-sama kita terus menerus bersyukur kepada Allah atas nikmat iman,islam dan kehidupan yg masih diberi…


Suatu keputusan dan pengorbanan..itulah yang menjadi permainan dikalangan ahli PBL ana untuk 3rd residency dimana program intervensi CFCS yang sepatutnya akan dirasmikan pagi ini (9.00 pg) di kg. Air Tawar terpaksa ditangguhkan berikutan kejadian kes H1N1 yg melanda USM kampus kesihatan…

Diantara keletihan dan pengorbanan..suatu berita yang mengejutkan semua pihak termasuk ahli PBL,orang-orang kampong yang sudah berkumpul untuk membantu kami bergotong-royong menyediakan dewan dan JKK kampong Air Tawar…Pelbagai perasaan bertandang disanubari apabila mendapat tahu mengenai perkara ini…




Sebelum kami bertolak masuk ke kg smalam(5 ogos)…ana ada terdengar bahawa ada pelajar USM yang disyaki H1N1..pada jam 9.30 pagi,kami semua bertolak ke kg Air Tawar…setiba je kat sana…1st yang ana Nampak adalah banner program yang telah digantung seminggu awal yang tersergam indah begitu gah berkibar ..hehe..semakin berkobar semangat untuk menjalankan program…..tiba sahaj di rumah keluarga angkat..sempat berehat dalam 3o minit…kami semua pun mulakan kerja dengan mengedarkan flyer kepada seluruh penduduk kampong (250 buah rumah)..begitu bersemangat semua orang buat kerja…dalam lebih kurang kul 3.30 petang..kami semua sudah selesai mengedarkan semua flyer kepada penduduk kampong…sambil mengedar sambil mencanang program..memberi pengumuman dan penerangan kepada orang kampong mengenai program…begitu bersemangat sekali…huhu…


TETAPI!!!...lebih kurang jam 4.30 petang..suatu berita daripada USM mengenai pembatalan program akibat virus H1N1 di USM membuatkan kami berasa lemah longlai… =( ….kami diberitahu bahawa program perlu dibatalkan…prof Halim bagi tau supaya sesiapa yang membawa kenderaan sendri diminta untuk SEGERA pulang ke USM untuk dikuarantine….ADUH!!...semua dalam dilemma..ketika itu..kami semua berada di kedai makan berdekatan dengan dewan orang ramai tempat kami buat program…orang kampong semakin lama semakin ramai yang datang kerana JKK memaklumkan untuk mengadakan gotong-royong membantu pelajar USM menyediakan dewan,memasang khemah canopy dan sebagainya…semakin serabut kepala!....

Kami semua mengambil keputusan untuk bermesyuarat sekejap…berbincang antara kami..akhirnya,suatu keputusan diambil iaitu kami akan PULANG ke pangkuan USM…huhu… jadi,ana ditugaskan untuk mengumumkan perkara itu kepada semua orang kampong yang berada di dewan yang mana sedang menunggu keputusan kami (macam nk umum keputusan pilihan raya)..hehe… jadi,dengan sedikit keberanian yang ada…ana pun mengumumkan keputusan kami dan meminta maaf kepada semua atas perkara yang berlaku….


Perasaan yang bercampur letih,malu dan tertekan terus di dodoi agar ianya stabil…Alhamdulillah..semua dapat menerima dengan hati terbuka kerana ini adalah kehidupan yang dirancang oleh Allah…tidak ada seorang pun yang dapat melawan dan membelakangi takdirnya….tetapi,sedikit perasaan kasihan kepada pihak-pihak yang sudah banyak bertungkus lumus ingin menjayakan program kami..antaranya pihak Mak Engku yang sudah menempah makanan untuk majlis perasmian hari nie..(lastly,karipap tu digoreng dan dibagi kepada kami semua sebagai kenangan..huhu)…pihak JKK yang sudah mendapatkan banyk sponser dan peralatan untuk program kami….Apa yang boleh kami lakukan hanyalah meminta maaf diatas segala kesulitan yang berlaku…


Tetapi apa yang bagusnya penduduk Kg Air tawar…mereka tetap member pengharapan kepada kami semua…mereka mengatakan bahawa: “lepas nie,kalau jadi nak buat program,bagi tau je.kami akan bantu”…En. Effendi (s/u kampong) plak cakap: “malam nie pak cik kena amik hamper yang disponser tu,..xpe..kalau nak buat program nnt..kita akan minta sponser baru,hamper yang dah dapat nie pun kita simpan..jadi banyak la nnt..”..hehe… begitu lah reaksi mereka yang sangat membantu…sekali lagi ana kata,apa yang boleh kami lakukan hanyalah meminta maaf kepada mereka….


Jadi,sebagai penutup post kali nie…mari sama-sama kita renung firman Allah di dalam Al-Quran:


“Dan boleh jadi,kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kami suka kepada sesuatu,padahal ia buruk bagi kamu.Dan ingatlah! Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (al-Baqarah 1:216)


oleh itu…kita kena sentiasa beringat bahawa setiap apa yang terjadi adalah kehendak Allah,..dan Allah mengetahui apa yang terbaik bagi makhlukNya….


Wallahu’alam…


Mohamad Solehin Bin Bakri,

msb_rg8@yahoo.com




Saturday, August 1, 2009

~Berakhirnya Sebuah Pimpinan~




Bismillahirrahmanirrah...
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..malam ini menjadi satu malam yang memberikan suatu nafas baru kepada diri ana kerana jatuhnya beban yang ditaklifan kepada ana selama setahun ini...suatu pengalaman dan suatu amanah yang disandang telahpun diletakkan semula dan digalas oleh mereka yang selayaknya..

Begitulah kehidupan kita...kita akan ditaklif,dan kita akan dibebaskan...sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan sepanjang tempoh pengtaklifan dan pembebasan itu akan di persoalkan kelak...ana berharaf segalanya akan dikira sebagai sebuah kebaikan...disini,ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama yang sangat hebat dalam menjayakan program-program didalam mahupun diluar kampus...Secara jujurnya,ana melihat PSP tahun ini telah melakukan beberapa perubahan yang menjadikannya sebuah organisasi yang semakin matang dan menonjol dalam merangka program-programnya.Ini dapat dilihat dengan beberapa program yang dijalankan lebih bersifat universal.masyarakat sudah mula melihat PSP sebagai suatu platform yang sangat baik untuk menganjurkan program-program selaras dengan agenda Universiti dan ana berharap perkara ini akan diperkemaskan untuk menjadikannya terus dilihat sebagai sebuah organisasi perubatan USM.Tahniah diucapkan kepada exco-exco yang telah merangka dan menjayakan semua program anjuran bawah persatuan ini.

Sedikit pengalaman ana dalam berkerja bersama PSP..ia merupakan suatu pengalaman yang banyak mengajar kita menjadi seorang yang berfikir secara lebih luas kerana kita lebih banyak dapat berinteraksi dengan wakil-wakil dari universiti-universiti lain di dalam negara.Kepada kepimpinan baru...ana berharaf agar antum dan antunna semua dapat menjadikan PSP untuk sesi ini sentiasa relaven untuk semua ahli dari segi menjaga akademik dan kebajikan ahli-ahli.

Di kesempatan ini juga ana ingin memohon ribuan kemaafan kepada hicom, exco-exco sesi lepas serta ahli PSP keseluruhannya, kiranya terdapat sebarang kesilapan & kelemahan selama mana ana memegang jawatan dalam persatuan. Mungkin ada yang terasa hati terutamanya ketika kita bermesyuarat. Sesungguhnya ana sangat mengharapkan keampunan daripada sahabat-sahabat semua atas segala kesilapan itu. Amanah dipikul selama ini tentunya akan di bicarakan di mahkamah Allah Rabbul Jalil suatu hari nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w :

"Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap dikalangan kamu akan di persoalkan tentang apa yang dipimpin"

"Islam Itu Fitrah"

TERIMA KASIH SEMUA

Mohamad Solehin Bin Bakri
Bekas Naib Yang Di-Pertua,
Persatuan Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia.

P/s:Ana lebih suka guna bekas daripada mantan(mundar mandir tanpa jawatan..hehe)..kerana jawatan sebagai khalifah Allah tetap didukung hingga ke akhir hayat... =)