Tuesday, April 28, 2009

~Mari Menilai,Siapa KITA~





Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?

Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.



Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sama-sama kita renungkan...



..

Monday, April 27, 2009

~Empat langkah Mencegah Selsema Babi~



KUALA LUMPUR 26 April - Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan serta-merta empat langkah bagi mencegah wabak selesema babi daripada menular ke negara ini.


Langkah-langkah tersebut ialah:


l Melaksanakan pemantauan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap situasi terkini wabak itu bagi memastikan tindakan proaktif dapat diambil untuk melindungi kesihatan awam di negara ini.


l Meminta pengamal perubatan termasuk di sektor swasta mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kes-kes yang mempunyai tanda-tanda 'penyakit seperti selesema'. Ia termasuk kes rawatan yang mempunyai gejala penyakit radang paru-paru yang teruk dan individu yang pernah melawat Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu.


Pengamal perubatan diminta memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat dengan serta-merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.


l Melakukan saringan tanda-tanda jangkitan selesema babi di semua pintu masuk negara ini untuk pelawat atau warga Malaysia yang pernah melawat ke Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu.


l Membuat kenyataan akhbar dari semasa ke semasa mengenai situasi wabak itu untuk maklumat orang awam dan langkah kawalan serta pencegahan yang diambil oleh kerajaan.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican bagaimanapun meminta orang ramai tidak risau dengan keadaan di Mexico dan Amerika Syarikat.


Menurutnya, pihak berkuasa di negara terbabit telah bekerjasama dengan WHO untuk mengambil langkah pencegahan dan kawalan wabak itu daripada menular ke luar negara.


"Tindakan kerjasama perkongsian maklumat serta langkah pencegahan dan kawalan sedang diambil oleh Kementerian Kesihatan dengan pihak WHO," katanya.


Menurut Dr. Mohd. Ismail, orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan wabak selesema babi ini boleh menghubungi talian 03-88... atau 03-88810300.


"Maklumat berkenaan wabak selesema babi juga akan disediakan di laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.my mulai minggu ini," katanya.


Semalam, agensi berita asing melaporkan seramai 81 orang maut di Mexico akibat penyakit selesema, dengan 20 daripada kematian itu disahkan berpunca daripada sejenis wabak baru selesema babi.


Penularan wabak baru itu mencetuskan kebimbangan kerajaan Mexico dan pihak berkuasa telah mengarahkan penutupan sekolah, muzium, perpustakaan dan teater bagi membendung penyebarannya.


WHO dalam kenyataannya pula berkata, sesetengah kematian itu disahkan disebabkan oleh virus H1N1 yang tidak pernah dikesan sebelum ini yang menggabungkan virus babi, burung dan manusia.


Tanda-tanda selesema babi menyamai selesema biasa iaitu demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan dan setakat ini tidak terdapat vaksin bagi wabak terbaru itu.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


..

Monday, April 20, 2009

~Kami Sentiasa BERSAMA~


Kemanisan persahabatan

Maksud ana dengan ukhuwwah (persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran.


Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat `ithar' (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri).


Akh (saudara) yang benar dengan fikrahnya akan melihat saudaranya lebih utama untuk diberikan perhatian dari dirinya sendiri kerana kalaulah mereka tidak bersama dengannya pasti mereka akan bersama dengan selain darinya.



Sesungguhnya serigala akan membaham kambing yang kesesatan. Mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain. "Mukminin dan mukminat sebahagian mereka adalah pemimpin kepada sebahagian yang lain." Inilah situasi yang perlu kita wujudkan.


terjemahan : RiSaLaHtAAliM - Imam Hassan AlBann



----



Kami Sentiasa di SisiMu Teman..

Teman, Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, kenimatan yang yang kita kecapi lengkapkannya dengan tahmid sebagai tanda syukur pada yang maha memberi, kemaslahatan yang dihadapi perindahkannya dengan kesabaran sebagai penguat jiwa menjalani tarbiah diri.

Sahabat, bersabarlah.. Anggaplah ujian yang dihadapi sebagai satu proses untuk membina diri melengkapkan misi sebagai seorang pejuang yang dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t.


Hilangnya sesuatu tidak bermakna kita hilang segala2nya, pasti dan yakinlah kehilangan tersebut sebagai satu ujian untuk meningkatkan kehebatan diri dan sekiranya kita berjaya pasti ganjaran penghargaan yang lebih baik akan dikurniakan,PASTI... percayalah..



Teman..

Kuatkan semangatMu, Tingkatkan keAzamMU, Perhebatkan JatidiriMu, Fokuskan MatlamatMU, Pastikan Mumtaz dalam GenggamanMu..

Ingatlah Teman, kamu TIDAK KESEORANGAN dalam menghadapai kekusutan ini, tolehlah kebelakang, lihatlah betapa ramai dari sahabat-sahabat yang lain bersama2 kamu.. kami sentiasa bersama mu sahabat...

Bersama kita menuju kemuncak destinasi kejayaan... FIGHTING!!!!


Mohamad Solehin Bin Bakri,
msb_rg8@yahoo.com


..