Sunday, February 22, 2009

~Sarawak Bumi Kenyalang~


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam…Tuhan yang menciptakan segala kejadian di muka bumi,langit dan seluruh perkara diantara keduanya…Alhamdulillah..Allah masih mengizinkan ana untuk menhirup udaranya dan sekali gus membolehkan ana untuk menulis post untuk kali ini…

Sahabat semua..Kehidupan kita adalah sesuatu yang perlu disyukuri,kerana dengan ia..kita dapat menimba seberapa nanyak pengalaman yangakan mengajar kita menjadi manusia yang dapat member kebaikan pada dunia suatu hari nanti..insyaAllah…Baiklah sahabat semua..tujuan ana menulis kali nie sebenarnye nk kongsi tentang ‘Program Pertukaran Pelajar USM-UNIMAS’ yang dah pun berlangsung 6 Feb-20 Feb 2009…secara jujur..program nie adalah suatu program yg sangat baik bagi ana…

Untuk pengetahuan sahabat semua,pada 6 feb 2009,seramai 13 org pelajar dari UNIMAS sampai ke USM…(shuli,hazira,syed,hafriz,liyana,hazemi,ema,syikin,anis suhana,anis liyana,farah,alia & mariam)…”selamat Datang Ke USM”..hehe…Suatu permulaan telah bermula..huhu..selama 1 minggu diorg kat USM…hari pertama selepas majlis perasmian,kami bawa diorg g bejalan-jalan kat Kelantan…sampai petang kami bejalan..tengok semua org letih je..hehe..(maaf yee..)..malam tu pulak.kami buat sesi ice-breaking dan BBQ kat pantai cahaya bulan…disini la bermula keakraban antara kami semua…suatu pertemuan yang membawa kepada perpisahan…(maaf la kepada sapa-sapa yg nama die ana x ingat..biase la..mula-mula susah sket.tp bila dah ingat insyaAllah x lupa lagi dah…) huhu

Hari ke-2 pulak..biase la…hari ahad..semua kena g kuliah..nia la tujuan utama kita buat program nie…nk tengok sediri system pembelajaran kat tempat orang…selama 5 hari pelajar-pelajat UNIMAS mengikuti P & P (kuliah,pbl,klinikal,flm dll) kat USM..so..cam mana??..huhu..waktu kelas semua kitorg wajibkan g kelas…huhu…

tapi waktu lapang kitorg bawak gak diorg g jalan-jalan kat Kelantan..hehe..tp biase la…x sama la cam mana diorg bawak kami bejalan kat kuching..(maaf ye..)..apa yg kami harap kami dah buat yg paling best untuk korang…Masa berjalan cepat sangat…kejap je rasa..dah seminggu..dah sampai masa kami menghantar pelajar UNIMAS pulang ke UNIMAS…huhu…rasa sedih gak…tp xjd nk sedih sbb esoknye kami pulak akan ke UNIMAS…hehe..

Pada 13 Feb 2009,sampai gak tarikh nie yg mana hari kami ke UNIMAS untuk mengikuti program yg sama…9.30 pagi kami mula bertolak ke lapangan terbang di pengkalan chepa…mengambil masa dalam beberapa jam…kami pun sampai ke Kuching…mmg teperanjat la dengan ape yg berlaku…di airport..diorg dah tepacak enunggu kami dengan banner yg besar sebagai tanda ‘Selamat Datang’..terima kasih yee..hehe…mmg rasa seronok sangat…malam tu ada majlis perasmian di Auditorium A Unimas..(siap ada makan malam lg)..hehe


Keesokannya…diorg bawak kami jalan-jalan kat Bandar kuching…mmg seronok dapt visit kuching..macam2 ada..hehe..(kalau ana nilai balik..ape yg diorg buat untuk kami mmg x sama mcm ape yg kami bg kat diorg…maaf skali lg..hehe)..kat Sarawak mmg byk tmpat nk lawat…byk tempat kami visit..antaranya muzium-muzium yg ada kat serawak,cultural village,waterfront,pasar satok dll..kat Kelantan kurang sket kan?…ape2 pun…sama-sama la kita bersyukur dgn ape yg kita dapat….btol x?...hehe

Untuk pengetahuan semua…kami pun berada kat unimas selama seminggu…semua proses pembelajaran kat sana kami ikut…insyaAllah.nnt kami akan kemukakan laporan & cadangan ke PPSP untuk kita laksanakan ape yg baik..insyaAllah…lg satu..ape yg best ana dapat kat sana…students Unimas nie cepat mesra…bley kata semua la...huhu…tu yg sedih sket tu bila nk balik..hehe..ape2 pun..segalanya telah dirancang oleh Allah…yg kita dapat adalah yg terbaik untuk kita…

Actually byk benda yg nk ditulis…tp rasenye x perlu la panjang sangat..nnt semua bosan nk baca…tol x?...so…xyah la panjang2…cukup la setakat nie…ada masa insyaAllah,ana akan sambung dengan post2 yg akan datang…

Jadi..semoga ape yg kita dapat sepanjang program nie akan menjadi suatu yg memberi manfaat...semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang insyaAllah.....


Sekian..


wassalam...


USM:Solehin,munish,saravanan,jiahour,yin hong,jessmine,ida,aida,yani,razzi,fairuz,adlina,wan ilyana,aina annur,ain sabrina.

UNIMAS:Hazira,shuli,syed,hazemi,hafriz,anis suhana,anis liyana,ema,farah,maryam,syikin,alia,liyana.


Mohamad Solehin Bin Bakri

msb_rg8@yahoo.com



Thursday, February 19, 2009

~Aku Masih Belum Cukup Ilmu Agama~


Apa pandangan antum seandainya seseorang Muslim itu memberi alasan "aku masih belum cukup ilmu agama,tunggulah sampai aku cukup bersedia dulu"apabila diseru untuk berdakwah? hmmm.sebenarnya..isu ini bukan lah satu isu yang baru yang ingin ana bicarakan..malah..fenomena "belum cukup alim" atau "tak layak" sudah lapuk hatta dalam kalangan sahabat2 ana sendiri..terkadang itu..apabila mereka merasakan mereka tidak banyak pengetahuan ..sering mereka mencari alasan sebegitu lebih2 lagi jika diajak ntuk berdakwah..itulah alasan2nye..ana tak nafikan..penah jugak satu masa dulu ana berfikiran sedemikian..tetapi..alhamdulillah..ada dalam kalangan sahabat yang menyedarkan ana tentang hakikat ini dan atas kehendak Allah juga..syukur alhamdulillah.. hakikatnya..pada pandangan ana,seorang muslim tidak boleh bersikap sedemikian..amar maaruf nahi mungkar itu luas..dan wajib bagi stiap yang bergelar muslim ntuk melaksanakannya.. Jika kita ingin tunggu sehingga diri kita sempurna..baru hendak saling menegur..sampai bila2 pun tak sempurna sebab tiada manusia yang betul2 sempurna..hatta sahabat sendiri ada kelemahannya..Saidina Abu Bakar telah berjaya mengajak Usman memeluk Islam walaupun beliau sendiri tidak mengetahui tentang Islam secara menyeluruh. Begitu juga dengan Mus'ab bin Umair yang diutuskan ke Madinah untuk mengajar orang2 di sana tentang Islam. Mereka setakat menyampaikan setakat yang diketahui..cube kita fikirkan..sepanjang kita bergelar muslim ni..takkanla takder benda yang kita tau tentang islam..takkanlah kita tidak tahu halal dan haram?..aper yang penting..sampaikanlah ilmu tu walaupun sedikit..kerana ia merupakan kewajiban dan juga sebagai amal jariah untuk pahala yang berpanjangan..janganlah segan ntuk memberi pendapat dalam islam..asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat..dengan menyampaikan kebaikan..dan peringatan..bukan sahaja tuk orang len..malah..yang paling utama sekali untuk diri kita sendiri.. kepada para da'ei..atau yang seumpama dengannya..janganlah antum segan sekiranya antum bukan daripada pelajar aliran agama..sebenarnya..ini merupakan salah satu peluang tuk menambahkan ilmu pengetahuan terutama dalam hal agama. hal ini krana..apabila dalam sesebuah halaqah atau usrah..semestinya ada persoalan yang diajukan oleh mad'u kita yang kita tidak tahu..seterusnya..melibatkan perbincangan yang mengeratkan hubungan dan membuatkan kita mengkaji tentang perkara tersebut berpandukan al-quran dan sunnah agar persoalan tersebut terjawab.. dan juga..tidak semestinya kerja2 dakwah terletak di pundak seorang ustaz/ustazah..badar..naqib/naqibah..atau para ulama' sahaja..malah..doktor.arkitek..penjual di gerai makanan juga boleh menyebarkan dakwah..terutama kepada diri sendiri..secara langsung atau tidak..hal ini kerana..bukan semua yang orang tau..kita tau..dan bukan semua yang kita tau..orang tau..
wallahua'lam..

Wassalam....

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com



~HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE~


Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.

Monday, February 9, 2009

~Teka Teki~


Teka teki Imam Ghazali Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :


Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua " Murid 2 = " Guru " Murid 3 = " Teman " Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina " Murid 2 = " Bulan " Murid 3 = " Matahari " Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung " Murid 2 = " Matahari " Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


Imam Ghazali =" Apa yang paling berat didunia? "

Murid 1 = " Baja " Murid 2 = " Besi " Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas" Murid 2 = " Angin " Murid 3 = " Debu " Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "


Jadi...renung-renungkanlah....

wassalam...

Mohamad Solehin Bin Bakri

msb_rg8@yahoo.com



Sunday, February 1, 2009

~Program Terdekat USM Kampus Kesihatan~


Interfaith Dialogue!!!!



Forum Kawin Awal....


Ramai-ramailah kita menyertainya...insyaAllah...

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com
~Semakin Ramai Anakku,Semakin Tua Rasanya Diriku~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah ana panjatkan kesyukuran kepada Allah rabbul jalil diatas setiap nafas yang dihembus,setiap kekuatan yang diberi,setiap saat yang dimanfaatkan dan setiap langkah diri ini melangkah dibumi Allah ini.

Wahai sahabat semua,sudah pasti banyak tanda Tanya apbila melihat kepada tajuk kali ini..perlulah ana perjelaskan apa yang dimaksudkan dengan tajuk kali ini..hehe…Baiklah sahabat yang ana kasihi sekalian, “Anakku” yang ana maksudkan pada tajuk tu ialah anak-anak saudara ana..hehe..Alhamdulillah ana dah ada 5 anak saudara termasuk anak saudara perempuan yang baru je dilahirkan petang tadi (01/02/2009)…(x sabar rasenye nk tengok anak yang terbaru nie..hehe)
~anak saudara ana yang ke-4 (Muhammad Haikal Haziq)~

Untuk pengetahuan sahabat semua…semasa umur ana “SEMUDA” 14 tahun..ana dah dapat 1st anak saudara..huhu,tapi masa tu x tau ape2 sangat…jadi..ana buat2 x tau je la…semakin menjalani usia,perasaan itu semakin bertambah sehingga ana terpanggil untuk menulis tentang perkara nie selepas mendapat tahu tentang kelahiran anak saudara ana yang ke-5 petang tadi.Bagi ana, kegembiraan menerima anak saudara baru merupakan satu fitrah bagi setiap manusia.Ini berdasarkan peristiwa yang berlaku dimana bapa saudara rasullullah yang sangat gembira dengan kelahiran rasullullah…ana rasa mesti sahabat ingat tentang peristiwa nie…berdasarkan peristiwa tu dan apa yang ana rasa ketika ini..ana dapat simpulkan yang mana perkara itu adalah fitrah bagi kita sebagai seorang manusia..(setuju tak?? hehe)

Pengalaman ana mempunyai ana saudara memang meneronokkan…hehe..(mungkin sahabat yang xde anak saudara lagi xtau… :P)..diorang nie mmg menjadi penceria suasana especially waktu hari raya dan ect.Mereka juga bukan sahaja menjadi penyeri suasana,malahan mereka juga menjadi penyeri kepada kedua atuk dan opah mereka…ape yang ana dapat perhatikan,mak dan ayah ana mmg seronok sangat bila cucu-cucu diorg nie balik…ape yang diminta kalau boleh semua nk dibagi..xkesah la kalau rumah beterabur sekali pun..(jeles gak bila tengok..sbb kalau kita yang buat betabur..sure kena marah..hehe)..tp tu la yang boleh ana simpulkan…























~Haikal yang mmg suka bergambar~

Baiklah…ana nak sambung study plak..hehe…sebelum tu..apa yang ana nk sampaikan kali nie ialah…fitrah manusia adalah suatu yang dicampakkan didalam diri kita…segalanya perlu dihargai dan dikawal kerana sesuatu FITRAH itu jika kita tidak disiplinkan mengikut disiplin islam..ia akan menjadi FITNAH kepada diri kita..justeru,perlulah kita berusaha untuk mendisiplinkannya mengikut apa yang telah digariskan berdasarkan sumber kita yang utama iaitu Al-quran & As-sunnah…insyaAllah…semoga apa yang baik dari penulisan ini dapat kita manfaatkan dan apa sahaja yang lemah dan salah itu adalah kerana kurangnya ilmu yang ada pada diri ana yang hina ini…sekian dulu untuk kali nie..

Wassalam…

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com