Thursday, January 29, 2009

~ Khidmat Masyarakat Bagan Hailam Selangor~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah…Ana bersyukur kepada Allah yang memiliki kekuasaan di seluruh langit dan bumi serta isi-isi diantara keduanya…Begitu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita semua untuk terus menjalani kehidupan kita seharian..


Semakin lama kita hidup sepatutnya semakin matanglah kita dengan pengalaman-pengalaman yang kita lalui..

Alhamdulillah..untuk pengetahuan sahabat semua..ana bersama sahabat-sahabat ana baru je balik dari satu program khidmat masyarakat di Bagan Hailam,selangor,Malaysia. Betapa bersyukurnya ana apabila melihat keadaan penduduk disana…memang banyak pengalaman yang dapat dikecapi sepanjang disana…

Segala perancangan yang dirancang oleh pengarah projek serta kru-krunya alhamdulillah berjaya..Tahniah ana ucapkan…tapi biasa la..bukan semua yang dirancang akan dapat dilaksanakan mengikut acuan yang telah kita sediakan kerana perancangan Allah itu lebih tinggi…


Pada 22 Januari 2009,9.00 malam..kami bertolak dari kelantan ke Bagan Hailam selangor..Alhamdulillah,sebelum subuh,kami sampai di masjid Shah Alam...selepas solat subuh barula kami semua bertolak ke Bagan Hailam untuk memulakan visi & misi kami…

Untuk pengetahuan sahabat semua,masyarakat yang tinggal di Bagan Hailam nie adalah masyarakat cina…apa yang menyentuh hati ana ialah,penerimaan masyarakat kat situ dengan kehadiran kami..sangat baik sambutan mereka..sangat memudahkan kami untuk menjalankan program.Pengalaman yang sangat menyeronokkan dan berharga!!

Aktiviti pertama yg kami buat adalah ‘Home Visit”..hoho..nie lagi best..macam2 ada…kami semua dibahagikan kepada 4 kump. Yg ana seronok skali..team ana skali ngan ust Rosdian P.islam…hehe…best sangat..tapi susah jugak sebab semua ahli team kami xpandai cakap cina..huhu..walhal team lain pun same je ana rase sbb kak azimah sorang je yg pandai cakap cina..hehe..

Tapi xpe…bagi ana..tu bukan penghalang untuk kami teruskan program..sbb sbelum tu..kami semua ada la gak di ajar sikit2 bahasa cina yg ‘common’..hehe..antaranya “xin lian kuai le’…wan se’ ru yei…”..ada la lagi..tapi ana dah x ingat…tp bagi ana..dengan perkataan2 tu pun dah memadai untuk kami berkomunikasi dengan penduduk situ.. :p memang x larat nk gelak rasenye sepanjang home visit tu..macam2 words keluar…tapi bagi ana tu la pengalaman yg x boleh dapat kat tempat lain…

Malam tu..kami adakan majlis perasmian..tujuan asal buat home visit tu nk jemput diorg datang majlis perasmian la…maybe boleh apply kat kampus bila wat program kot..hoho...

Pada hari berikutnya..pagi-pagi lagi..kami dah bersenam..kami belajar satu benda baru.."tarian matahari"..hehe..mmg menyeronokkan...selepas itu..kami telah menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk kg kat situ…byk btol org yg datang…ana jaga untuk check BP..dengan penuh harapan diorg tunggu keputusan BP diorg cam ner..huhu..mmg x menang tangan la nk check.…bukan setakat orang2 berumur je yg nk check..remaja-remaja sekolah,budak2 kecik pun nk check gak..pening btol….tp..tu la yg best….hehe..

Petangnye plak..kami adakan sukaneka bersama anak2 penduduk kat situ yg berbangsa cina…alamak..mmg pening kepala melayan budak2 tu semua…xpernah lg dalam hidup melayan budak macam tu…huhu…mmg letih…tp menyeronokkan..begitu rapat kanak2 tu dengan kami pelajar USM…

Malamnye…majlis penutupan program dan penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka dan cabutan bertuah plak…mmg riuh rendah…nk cakap kena jerit…hehe..mmg x bley senyap budak2 tu…mmg lucu kalau kita tgk…bg ana..bende nie adalah suatu yg xdapat kat tmpat lain..hehe…tp alhamdulillah..semua nye dapat dikawal oleh kak azimah yg pandai berbahasa cina..(ruginye rase xdapat nk cakap cina…x dapat gunakan diri ana yg suka bercakap nie..hehe)


Ok lah sahabat semua…tujuan ana menulis tentang pengalaman di Bagan Hailam nie hanyalah sekadar perkongsian denagn sahabat semua tentang apa yg ana dapat disana…semoga dengan penulisan nie…semakin ramai diantara kita yg lebih berminat untuk menyertai program2 khidmat masyarakat seperti ini pada masa akan dating..ingatlah sahabat semua..antara tujuan kita dijadikan oleh Allah dimuka bumi nie adalah untuk menyebarkan dakwah yakni kalimah-kalimat Allah yg sudah pasti kebenarannya kepada seluruh makhluk dimuka bumi nie…semoga segala usaha yang kita lakukan akan dinilai oleh Allah di sisiNya..InsyaAllah..

Semoga apa yg baik itu kita ambil sebagai panduan kita..dan apa yg buruk itu jgn sekali-kali kita turuti…sekian dulu untuk kali ini…

Wassalam….


Mohamad Solehin Bin Bakri

msb_rg8@yahoo.com

http://solehin-bakri.blogspot.com



Friday, January 16, 2009

~Pelancaran 'Rakan Masjid' USM Kampus Kesihatan~

Bismillahirrahmanirrahim...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah..masih diberi peluang dan ruang untuk ana mengjenguk dan menulis di blog 'Islam Itu Fitrah'...Hari-hari kita dikejutkan dengan berita2 tentang keganasan israel di bumi Palestin.. kita sebagai umat islam harus melakukan sesuatu,bukan hanya bersedih dengan itu...antara perkara yang boleh kita lakukan seperti memboikot barangan keluaran mereka...
jangan sekali-kali kita mengatakan dengan memboikot xkan menjejaskan israel!!...itu pendapat yg salah sama sekali...kita perlu ingat kisah burung yg membantu memadamkan api yg membakar nabi ibrahim a.s...walaupun ia hanya seekor burung yg kecil..ia berasa ada tanggungjawab untuk membantu daripada berdiam diri..kerana semua perkara itu akan disoal oleh hakim rabbul jalil di akhirat kelak....semoga kita tergolong diantara orang yg membantu melawan yahudi laknatullah....insyaAllah..

Baiklah sahabat semua..tujuan asal ana menulis kali ini adalah ingin mmperkenalkan kepada kita semua tentang "RAKAN MASJID" yg akan dilancarkan di kampus kita USMKK...
Butiran pelancaran:
Tarikh: 18 Januari 2009 (Hari Perasmian Penutup MPI ke-11)
Tempat : Dewan Nurani USMKK
Perasmian oleh : Prof. Dato' Dr. Mafauzy Bin Mohammad (pengarah Kampus USMKK)



Rakan Masjid merupakan satu organisasi yg dernaung dibawah Pusat Islam.Jadi semua aktiviti-aktiviti akan dijalankan dibawah Pusat Islam.Dibawah Rakan Masjid sendiri akan diwujudkan unit-unit bagi menggerakkannya kearah yg syumul...untuk mengetahui dengan lebih lanjut..Marilah beramai-marai memenuhi Dewan Nurani USMKK untuk melihat sendiri apa itu Rakan Masjid...

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com

"Islam Itu Fitrah"

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum & salam Intifadhoh...









Sahabat-sahabat sekalian ,

Apakah yang kalian tengah buat sekarang...
Apakah yang telah kita sumbang kepada ahli KELUARGA kita di Palestin...
Adakah dgn membeli produk-produk USA...
Adakah dgn membeli produk-produk Barat yg akan membeli dan membaik pulih senjata mereka dengan menggunakan duit tersebut...







Kemudian mereka membunuh ahli KELUARGA seAQIDAH dengan kita di Palestin...
Tiada kemampuankah kita untuk berusaha memBOIKOT barangan mereka yang dila'nat ini...
Atau kita juga ingin menjadi sebahagian drpd golongan mereka...Na'uzubillah...

Jika mereka Yahudi La'natullah dan Amerika ada senjata mereka sendiri...
Maka ingatlah sahabat-sahabatku sekalian!!!
Senjata kita lebih hebat daripada mereka...YAKINLAH!!!



،اللهم إنّا نجعلك في نحور أعدائنا
،ونعوذ بك من شرورهم
،اللهم بدّد شملهم ، وفرّق جمعهم
،وشتّت كلمتهم ، وزلزل أقدامهم
،وسلّط عليهم كلبا من كلابك
!يا قهّار
!يا جبّار
!يا منتقم
،يا الله ، يا الله ، يا الله
،اللهم يا منزل الكتاب ، ويا مجر يا سحاب
،ويا هازم الأحزاب
،اهزمهم وانصرنا عليهم
،اهزمهم وانصرنا عليهم
.اهزمهم وانصرنا عليهم


Sahabat-sahabatku yang disayangi...

Pada ketika ini adalah WAJIB untuk kita menghantar SENJATA ini...
Maka bacalah DOA QUNUT NAZILAH ini SETIAP HARI...

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!


Monday, January 5, 2009


~ Berpuasa 10 Muharram Mengikut Pendapat Hadith~


Bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..kita telahpun memasuki tahun baru iaitu tahun 1430 H. Ingatlah wahai sahabat semua,hakikatnya sekarang umur kita semakin singkat..amal ibadah harus ditingkatkan untuk persediaan kita menghadap Allah rabbul jalil....

Baiklah sahabat sekalian...mungkin ada dikalangan kita yang confius mengenai puasa pada 10 Muharram (hari asyura)...sebenarnya ada hadith tentang perkara ini...minggu lepas ana mendengar ustaz menghuraikan tentang perkara ini dalam 1 ceramah...jelas di situ ustaz memberitahu bahawa ada nas tentang berpuasa pada 10 Muharram..


Ibn 'Abbaas (may Allaah be pleased with him) said: "The Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) came to Madeenah and saw the Jews fasting on the day of 'Aashooraa'. He said, 'What is this?' They said, 'This is a righteous day, it is the day when Allaah saved the Children of Israel from their enemies, so Moosa fasted on this day.' He said, 'We have more right to Moosa than you,' so he fasted on that day and commanded [the Muslims] to fast on that day." (Reported by al-Bukhaari, 1865).


Jadi...daripada hadith tersebut,dapatlah kita ketahui bahawa kita boleh berpuasa pada 10 Muharram,mudah-mudahan akan mendapat reward daripada Allah s.w.t.

Tetapi ada yg mengatakan bahawa kita x boleh berpuasa pada 10 Muharram saja..kena di ikuti @ didahului dengan hari sebelum atau selepas 10 Muharram...
baik..di sini,apa yg dijelaskan oleh ustaz..TIDAK menjadi kesalahan @ haram untuk kita hanya berpuasa pada 10 muharram sahaja...tetapi lebih AFDHAL kita berpuasa sehari sebelum @ selepas 10 muharram supaya tidak menyerupai perbuatan golongan ahlul kitab terdahulu...

jadi..disyorkan untuk kita berpuasa 9 & 10 @ 10 & 11 Muharram..insyaAllah...

jadi..apa yg baik itu adalah daripada Allah...dan kekurangan yg pasti ada dalam penyampaian ini adalah diatas kelemahan & ilmu yg sedikit pada diri ana sendiri..
akhir kalam....

"Islam Itu Fitrah"

Wassalam...

Mohamad Solehin Bin Bakri.
msb_rg8@yahoo.com

Sunday, January 4, 2009

~ Antara mazmumah yang menghilangkan bahagia HATI~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah antara sifat-sifat yang menyebabkan hati kita keras dan tak bahagia.Cubalah kita hayati dan muhasabah diri kita masing-masing apakah sifat-sifat ini ada di dalam diri kita..nauzubillah...


1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu.


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)


** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk yang lain.


5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..


** Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebi h besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time kerja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...


8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada...


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. ..


** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi, sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka Dengan dunia ... buruklah padahnya...

~ Mesyuarat Wakil universiti Untuk Sukan Malaysian Inter-Medical School~

Bismillahirrahmanrrahim...

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah,pada 3 Januari 2009,satu mesyuarat antara wakil-wakil Universiti untuk mengadakan satu projek dwitahunan Inter-Medical School Sport.Universiti-universiti yg menghadiri mesyarat tersebut adalah UM,UiTM,UPM,RMCP dan tuann rumah USM...
Bagi Universiti2 lain yg tidak dapat hadir telah memberi 'green light' untuk menerima apa jua keputusan meyuarat tersebut...

Inter-Medical Sport nie melibatkan lebih kurang 18 buah IPTA & IPTS seluruh malaysia...InsyaAllah,ia akan dijalankan pada hujung semesta tahu ini..Apa yg telah diputuskan akan diumumkan kepada semua masyarakat kampus sains perubatan pada masa akan datang..dan apa yg boleh diberitahu disini adalah,USM diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah untuk kali ini dimana pemiihannya berdasarkan kesungguhan yg diberikan oleh wakil pihak USM...kita bangga dengan pemilihan ini....

Untuk perkara lebih lanjut akan diketahui dari masa ke semasa...wallahualam...

keadaan suasana meeting


semangat yg ditunjukkan..


Penyampaiaan cenderamata..

NYDP-1 Persatuan Sains Perubatan USM,
msb_rg8@yahoo.com





Thursday, January 1, 2009

~ Wahai Saudaraku...Palestin Menangis Lagi ~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum & salam intifadhah...

Israel La'natullah telah melancarkan serangan secara besar2an terhadap Palestin...Dalam kejadian ini , Gaza telah dibom dgn hebat dan zalim oleh tentera zionis ini dan mengakibatkan lebih 300 org telah syahid serta lebih 700 yg lain telah cedera...HAMAS telah mengisytiharkan INTIFADHAH yg ke-3 akibat daripada kejadian ini...Banyak pihak telah membantah dan mengutuk SERANGAN ini...

Sahabat-sahabatku yg disayangi sekalian...
Terlalu susahkah kita untuk mengangkat sedikit tangan , menadah dan memohon kpd Allah Ta'ala supaya Israel La'natullah dimusnahkan serta dihapuskan di muka bumi ini pd suatu hari??? Susah sgt ke kita untuk menyebut "Ya Allah , bantulah umat Islam saudaraku di Palestin , Kau selamatkanlah mereka daripada kekejaman zionis"...

Kita perlu ingat mereke adlh AYAH2 kita , EMAK2 kita , ABANG2 kita , KAKAK kita , ADIK2 kita yg mempunyai pertalian AQIDAH dgn kita...Tetapi apabila sampainya berita tentang Palestin , apa yg telah kita sumbangkan utk mereka...Adakah dgn mengutuk antara satu sama lain , maka Palestin dpt diselamatkan...'Bagaikan menunggu Bulan jatuh ke Riba'...

Dimanakah peranan OIC yg ingin membela nasib umat Islam yg pernah diketuai Malaysia dan smp sekarang Malaysia masih mempunyai populariti di dalam OIC???
Dimanakah peranan NAM yg juga dihuni oleh banyak negara???
Dimanakah peranan PBB yg mempunyai Kuasa Paling Besar di dunia ini tetap hanya pada JOBSCOPE sahaja???

Sampai bila kita ingin melontarkan PERSOALAN2 yg begitu susah utk diJAWAB smp sekarang...AYUH!!! Sahabat2ku...marilah kita bersama2 membina dan memperkasakan diri kita dgn AQIDAH yg bersih dan PEMIKIRAN yg perkasa...Sudah tidak ada lg masa utk kita perSOALkan itu dan ini...tetapi sudah tiba masanya untuk kita berGERAK...utk memPRAKTIKkan apa yg diTEORIkan...

Adik2ku , abang2ku dan kakak2ku...

Sebelum diakhiri PANDANGAN ini...Suka ana ingatkan sekali lagi , berDOAlah kerana DOA itu senjata bg orang Mu'min...Kerana kita tahu tidak mungkin utk kita sampai ke sana utk memberi bantuan kpd mereka khususnya dalam keTENTERAan...Jadi , usah kita KHUATIR dan TAKUT kerana yang PENTING kita masih ada ALLAH...

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Bangunlah saudaraku!!!!!!!!!!!

msb_rg8@yahoo.com