Saturday, December 27, 2008

~ Pilihlah Apa Yang Patut & Bukan Yang Di Ingini ~

Bismillahirrahmanirrahim..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Untuk renungan sekalian muslimin & muslimat...

Setiap hari naluri dan nafsu kita akan berperang dengan akal waras. Setiap hari keinginan kita akan berargumentasi dengan kewajaran. Ramai orang yang tidak sedar perbezaan antara perkara yang diinginkan dan yang diperlukan. Kebanyakan orang lebih suka memilih perkara yang diinginkan daripada memilih perkara yang diperlukan.


Contoh 1

Contohnya mudah. Apabila anda mahu makan sesuatu, anda akan bertanya pada diri sendiri. Soalan pertama “Apa yang aku mahu makan?” atau anda akan bertanya soalan kedua “Apa yang aku perlu makan sekarang?”. Memilih makanan bukanlah sesuatu yang mudah, malah ia juga bukan sesuatu yang terlalu sukar. Namun, jika pemakanan tidak dikawal ia tetap memudaratkan. Justeru, memilih makanan berkait dengan keperluan diri.


Jika anda jenis manusia yang suka mengikut keinginan, pasti anda akan memilih makanan tanpa memeriksa kandungan atau bahan-bahan di dalamnya. Sekiranya anda seorang yang suka makan makanan bergula, anda pasti akan memakan semua makanan manis tanpa memikirkan risiko dan kandungan di dalamnya.


Berbeza pula seandainya anda jenis yang suka mengikut kewajaran, pasti anda akan memilih makanan berdasarkan situasi dan kondisi. Contohnya apabila waktu pagi, anda akan memilih makanan separa berat untuk mengelakkan diri daripada mengantuk. Makanan itu pula pasti kurang berkanji. Lalu anda akan memilih makanan yang wajar agar anda tidak mengantuk diwaktu pagi. Begitu juga apabila anda mahu makan diwaktu malam, maka anda harus memilih makanan yang kurang kalori agar tidak terhasil tenaga berlebihan yang boleh bertukar menjadi lemak.


Contoh 2


Seorang kanak-kanak berusia tujuh atau dan sedang bersekolah dalam darjah satu meminta bapanya membelikan motosikal kerana mahu menggunakannya untuk ke sekolah. Kanak-kanak itu menangis dan meraung-raung agar bapanya membelikan motosikal untuknya. Apa yang sepatutnya dibuat oleh seorang bapa? Membelikannya? Atau membiarkannya?


Sebagai seorang bapa adakah dia perlu menurut keinginan anaknya atau membuat keputusan yang wajar? Bagaimana seorang budak kecil akan mampu mengendalikan sebuah motosikal? Tubuhnya masih kecil dan kakinya tidak sampai untuk berpijak ke tanah apabila duduk di atas pelana motosikal. Jika dia mam

pu memandunya sekalipun, dia akan berada dalam situasi tidak selamat.

Jika bapa membuat keputusan berdasarkan keinginan anak itu, pasti anak itu akan ditimpa musibah. Sewajarnya bapa membuat keputusan yang wajar untuk anak itu, iaitu dia menangguhkan dahulu pembelian motosikal sehingga anak itu menjadi dewasa. Ini bererti, keinginan dan kewajaran mempunyai kesan yang berbeza dalam membuat keputusan. Keputusan yang dibuat mengikut kesesuaian itu selalunya mendatangkan keuntungan dan kebaikan. Manakala keputusan yang dibuat mengikut keinginan boleh jadi membawa kebaikan atau sebaliknya.

Contoh 3


Seorang remaja yang berada di universiti memerlukan beberapa kemudahan untuk meneruskan pembelajarannya. Memandangkan pembelajaran zaman sekarang banyak memerlukan kemudahan komputer dan teknologi, ini menjadikan permintaan terhadap telefon bimbit dan komputer riba meningkat secara mendadak.


Apa yang ingin dinilai kembali adalah bagaimana remaja memilih untuk membeli komputer riba dan telefon bimbit. Jika anda seorang remaja yang berasal dari keluarga yang menghadapi masalah kewangan, anda pasti perlu menimbang sama ada untuk membeli komputer riba terlebih dahulu ataupun telefon bimbit.


Kebanyakan remaja lebih suka mengutamakan telefon bimbit daripada komputer riba sedangkan komputer amat diperlukan dalam pengajian. Sehingga ada yang sanggup menghabiskan wang beribu ringgit untuk membeli telefon bimbit yang mahal sekalipun terpaksa berhutang. Ini menyebabkan komputer riba gagal dibeli.


Sepatutnya seorang pelajar kampus perlu mengeluarkan wang berdasarkan kemampuannya dan membeli barangan yang benar-benar diperlukan. Namun, akibat terikut-ikut dengan keinginan menyebabkan dia telah memilih barang yang salah. Akibatnya, dia menghadapi masalah kewangan untuk membeli barang yang sepatutnya mampu dia beli semenjak awal-awal lagi.


Sebagai konklusinya, remaja memang mudah dikelirukan oleh keinginan yang tidak berasas. Sehingga kebanyakan remaja gagal membuat keputusan yang betul dalam hidup mereka. Kedangkalan pemikiran dan mudah terikut-ikut dengan persekitaran adalah punca remaja membuat keputusan yang silap. Justeru, kewajaran bertindak dan membuat keputusan itu perlu dilatih dengan cara berfikir secara mendalam. Apabila kita berfikir telebih dahulu, pasti kita akan cuba membuat keputusan yang perlu dan sebaliknya kita meninggalkan keputusan yang diingini oleh nafsu kita

Wassalam...

Mohamad Solehin Bin Bakri

msb_rg8@yahoo.com

Monday, December 22, 2008

~ "CINTA di Rumah Hasan Al-Banna" ~

Bismillahirrahmanirrahim...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah..kita masih lagi dipanjangkan umur untuk kita memohon taubat daripada Allah swt... Sehari-hari,banyak masa yg dihabiskan..kadang2 kita x tahu pun apa yg ikta buat dengan masa-masa terluang yg kita ada...justeru wahai sahabat semua....marilah kita isikan masa yang ada dengan perkara-perkara yg sedikit sebanyak akan menjadi asbab untuk kita mendapat redha Allah dan memperolehi syurgaNya...

Di sini ada sebuah buku yg ana kira cukup bagus untuk kita baca sebagai suatu penduan untuk kita jalai kehidupan kita seharian..Bukunya bertajuk "CINTA di Rumah Hasan Al-Banna"... Jadi ana fikir buku nie sangat bagus untuk dibaca....

BUKU ADALAH TERHAD KEPADA 50 PERTAMA!!!!!!!!!!!!!



























Jadi kepada sesiapa yg berminat bolehla menghubungi:

No Tel: 013-9886379 @
E-mail: msb_rg8@yahoo.com

Sekian..

wassalam....

"Islam Itu Fitrah"

Saturday, December 20, 2008

~ Kita Berbeza ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum....

Wahai kaum lelaki

Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Wahai kaum wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Friday, December 12, 2008

~ Apa Yang Dicari ~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Amir kelihatan sangat gelisah pada hari itu . Ada sesuatu yang meneyebabkan dia tidak dapat berada dalam keadaan yang tenang . Dia cuba mencari sesuatu yang sangat penting baginya . Dia masuk ke dalam biliknya tetapi tidak ada . Dia masuk ke dapur yang mana hanya mendapati ibunya sedang memasak . Ibunya tidak sempat menanyakan , baru sahaja hendak membuka mulutnya , anaknya itu telah keluar . Amir kemudian intai ke dalam tandas namun hampa . Dia sangat menghendakkan benda yang dicarinya .

Ayahnya yang sedang khusyu' meneliti akhbar terkini terganggu dengan Amir yang ke sana ke sini mencari . Ayahnya memanggil " Amir , ke sini engkau..." . Apabila Amir ke tempat ayahnya duduk , ayahnya bertanya "Apa yang kau cari ? Ke sana sini..." . Amir dengan rasa bengang kerana tidak menjumpai apa yang dicarinya menjawab ," RUMAH " . Dengan serta merta ayahnya mengangkat tangan...PAAANNGG!!!

Sahabat-sahabat yang ana sayangi sekalian...

Begitulah satu analogi mudah untuk kita fikirkan bersama . Kita boleh umpamakan RUMAH itu sebagai DUNIA yang kita tinggal sekarang . Kita dapat lihat begitulah manusia pada hari ini yang mencari DUNIA . Sibuk dengan urusan perniagaan , projek , main-main cinta , kerja-kerja dan sungguh banyak hingga tidak dapat disebut . Mereka inilah yang layak diLEMPANG .

Ini bukanlah bermaksud kita perlu tinggalkan dunia kerana DUNIA adalah JAMBATAN untuk ke AKHIRAT . Tetapi perlulah difikir , Allah telah sediakan berbagai-bagai perkara DUNIA di hadapan kita namun kita masih tidak puas , masih rakus serta tamak mencarinya .

Bagaimana dengan AKHIRAT yang tidak kita ketahui lagi keadaannya . Tidak mahukah kita sama-sama berusaha dan mencarinya .

Sahabat-sahabatku kerana Allah...

Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah KELUAR dari RUMAH tadi dan berusaha untuk mencapai matlamat yang sebenarnya . Dunia Islam hari ini perlu diselamatkan . Sedarlah sahabatku . Ketepikan semua hal dunia yang menyebabkab kita hilang FOKUS kepada AKHIRAT.

Ada yang mengatakan..."Aku berniaga untuk bantu gerakan Islam..." . Setakat manakah dapat direalisasikan kata-kata itu . INGAT!!! Jika kita gunakan nama Islam untuk mengaut untung untuk diri kita sendiri . Berhati-hatilah dengan amaran AZAB ALLAH!!!

Ingin ana nyatakan di sini , ana tidak bermaksud menolak perniagaan kerana Rasulullah sendiri berniaga tetapi ana ingin mengingatkan ORANG YANG BERNIAGA . Perniagaan adalah salah satu contoh sahaja , masih banyak lagi perkara dunia yang perlu kita cuba untuk kurangkan KEPENTINGANNYA dalam hidup kita ini .

Sebelum diakhiri perkongsian ini , hanya 1 PERKARA yang ingin diingatkan kepada sahabat sekalian , kadang-kadang disebabkan HAL DUNIA yang tak habis-habis inilah kita semakin JAUH dari ALLAH . Cubalah UBAH . Pertingkatkan AMALAN kita untuk mendapat RAHMAT ALLAH kerana dengan itu sahajalah kita dapat mencapai SYURGANYA .

Sahabat-sahabat...

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu yang cuba sampaikan ini dapat kita MANFAATkan bersama-sama kita FIKIRkan dan bukannya dengan mengKRITIK antara satu sama lain .



Wallahu A'lam...



Salam Cinta daripada ana kepada sahabat semua...

Mohamad Solehin Bin Bakri

Msb_rg8@yahoo.com


..

Tuesday, December 2, 2008

~ Sejenak Bersama Artis ~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bismillahirrahmanirrahim...

Terima kasih kepada para pelawat blog 'Islam Itu Fitrah' semua...tanpa kalian semua,mungkin blog ana nie akan terkubur...hehe

Berbanyak kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana sehingga kini masih memberi kekuatan dan ketabahan untuk ana meneruskan kehidupan nie...

Baiklah..tajuk kali nie bukanlah suatu perbincangan cuma suatu perkongsian kepada sahabat semua tentang kenangan-kenangan ana bersa
ma artis2 jemputan..hehe

sengaja buat nie kerana minat ana yang agak tinggi dengan kumpulan-kumpulan nasyid...hehe






Bersama Che Amran Idris-Raihan


Bersama RAIHAN..

Gambar bersama Raihan nie diambil masa program 'Forum Perdana Ehwal Islam' di kampus kesihatan USM..hehe


Gambar bersama Amar..


Bersama In-Team...

gambar ngan Amar & In-Team nie diambil masa Hari Terbuka Desa 2008 masa program konsert Nasyid...Dan untuk pengetahuan..nie lah kali pertama ana jadi pengerusi majlis yang x formal..(dengan xde pengalaman langsung...berdebar yang teramat...hehe) .... :)



~Bersama MESTICA~ hehe..

nie masa konsert Malam Anugerah Inspirasi Seni MPI ke-!0 2007.. sangat cooperative...


~ Bersama UNIC~

nie lah konsert nasyid pertama yang ana g masa kat USMKK...bersama sahabat-sahabat....




~ Bersama Hijjaz ~

Nie gambar masa kat KMPP dalam program Minggu Aspirasi Seni...nie pun kena jadi MC...tp yang formal...

Jadi...ini saje nk berkongsi pengalaman ana bersama sahabat semua...semoga kita lebih minat dan menyokong kepada kumpulan-kumpulan nasyid tanah air kerana dari perkataan 'NASYID' itu sendiri dah bermaksud nasihat daripada kita meminati artis-artis yang jauh menyebabkan kita lalai dengan hiburan...

so...ana berharap..dengan perkongsian ini dapat membuka minda kita untuk memilih jenis2 hiburan yang sedikit sebanyak memberi faedah kepada kita semua...wallahualam...

sekian..wassalam..

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com


..