Friday, October 31, 2008

Siapa "Ar-Rijal" yang berjaya....??

Assalamualaikum wbt..

Moga sentiasa bernafas dalam keikhlasan mencari keredhaanNYA diakhir tujuan setiap amalan Insya Allah. Moga juga sentisa kekal diatas jalanNya dan tidak sekali-sekali berputus asa untuk terus berjalan. Sewaktu ana menulis ini ana baru sahaja pulang dari kuliah di universiti. Dek kerana klinikal petang itu dibatalkan, Allah benarkan tenaga ini digunakan untuk menulis sedikit diruangan ini.

Pagi ini ana mengambil keputusan untuk menuju ke universiti lebih awal berbanding sahabat-sah
abat ana. Alhamdulillah sesampainya di univeristi, ana terus ke surau terlebih dahulu.Alhamdulilah...dengan izin Allah ana cuba untuk mengerjakan solat dhuha 2 rakaat.... Seperti kebiasaanya pada setiap kali selepas solat, seperti juga anda, serangkap demi serangkap doa saya panjatkan pada Yang Maha Esa. Cuma dihulunya ..‘1 message received’..sejenak, I got a message from my Lord. Beberapa perkara khusus berlari-lari di setiap inci otak ana. Pantas ana cuba menghilangkan buat sementara waktu dan menghabiskan ‘permintaan-permintaan’ ana pada Allah.

Selesai segalanya, lantas ana menyandarkan badan yang masih dalam kesegaran wudhu’ ini di sebuah sudut yang terpencil di surau universiti yang nyaman dan damai sekali. Beg biru yang tersandar di dinding ana capai, isinya ana keluarkan. Sebuah buku pathology kebiruan ana selak. Helaian demi helaian, bacaan demi bacaan. Satu pun ana tidak dapat fokus. Mengapa? Sebabnya perkara tadi masih lagi berlegar-legar difikiran ana. Seakan-akan meronta-ronta untuk dikeluarkan dan diterjemahkan. Tetapi, apa?


`Ketakutan seorang lelaki!’

Mungkin agak janggal bagi antum dan ana meniti mata kita dari `K’ sehingga I’` pada tajuk diatas. Tapi, inilah perkara yang bermain difikiran ana ketika itu. Ana pun tidak tahu dari mana pangkalnya dan dari mana hujungnya. Cuma yang ana tahu, ada lelaki yang sedang ketakutan disekeliling kita sedang mencari jawapan, jawapan bagi setiap soalan untuk dirinya. Sekali lagi pantas jari jemari ini berfungsi, kali ini untuk menutup helaian-helaian buku pathology ana, ada perkara yang perlu diselesaikan..

Lelaki owh lelaki..jangan takut..Allah kan baik.

Ana teringat diwaktu dulu, ketika itu ana masih lagi kecil dan kurang mengerti selok-belok dunia ini. Hatta kini, masih juga sama. Cuma, Alhamdulillah, merentasi masa pasti juga akan merentasi suka dan duka. Syukur Allah benarkan ana belajar banyak perkara dari semua itu.


Ana insan biasa. Tetapi sukakan sesuatu yang luar biasa dalam keadaan yang biasa-biasa. Jadinya, kalau ada salah dan silap, sama-sama kita saling melengkapi. Moga Allah kira ini sebagai usaha untuk mendapatkan keredhaanNya.


Mari bermula! Dulu ana pernah bersembang dengan seorang akhi tentang cinta.Tapi, biasalah..dulu sembang-sembang sahaja. Kini, Allah bagi rezeki untuk terjemahkan balik satu-persatu, Alhamdulillah.

‘yer,memang kita perlu yakin dengan jodoh yang Allah bagi kat kita,tapi kita kena ada usaha..’
‘usaha’?
‘aah, usaha..’
‘oo00oo, usaha..'


Maka merentasi masa, ana melihat bermacam-macam usaha yang ada kat muka bumi ini, dalam mencari jodoh atau pasangan hidup.

ada yang mencadangkan....

‘Usahalah kenal dia, SMS laa’
‘Isk, apa susah..bercinta la, baru kenal..’
‘Baik tackle cepat, sebelum dia ditackle kan orang lain.melepas kau..’


Ana pun, angguk dengan pendapat-pendapat manusia, masa pun direntasi lagi.


‘Alamak, melepas laa aku dia, tak tau kenapa ‘.
‘Isk, bosannya kahwin, kalau aku tau..aku tak nak bercinta dulu..’
‘Buang masa aku jer..last-last bukan sesuai pun…'

Aih...dah bertukar dah..begitu pula jadinya....

itulah antara dialog yang ana masih ingat.....


Apa yang sahabat-sahabat boleh bayangkan dalam situasi dialog diatas? Apa yang ingin ana sampaikan? Ruang ini ana ingin memotivasikan lelaki-lelaki yang mungkin sedang dalam ketakutan dalam mengharungi hidupnya seharian (ingat, ana pun lelaki juga).


TEKNIK & TAKTIK:

1) Letakkan kenyakinan yang tinggi pada Allah swt.Usaha sebenar bukanlah terletak pd SMS, chatting, tackle menackle atau pada apa yang menjurus kepada sebuah perhubungan sebelum kahwin. Tetapi USAHA sebenar seorang lelaki adalah menahan segala-galanya dari perkara yang menjurus kepada itu. Itulah USAHA sebenarnya..


2) Setiap lelaki inginkan wanita yang solehah untuk mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Ketakutan lelaki akan muncul apabila bertemu dengan calon pilihannya dan risau akan kehilangannya. Dia akan berusaha untuk mendapatkan wanita tersebut dengan cara yang berbeza-beza.

Untuk yang kurang pendedahan agama:Mungkin mengambil jalan untuk bercouple(dating etc)
Untuk golongan pertengahan :Biasanya akan menggunakan ayat2 kiasan,jelling menjeling dan mungkin bercouple tapi istilah ‘bercouple dalam islam’ …
Untuk golongan yang didedahkan dengan agama:Ini bahaya! Ramai juga pejuang-pejuang yang bertungkus lumus didalam agenda dakwah dan sebagainya dimata manusia, gugur di persimpangan ini. Nauzubillah min zalik. Sehingga ada yang sanggup menghadiri program tarbiyyah hanya semata hadirnya zaujah pilihan dihati. Ada juga yang menganggap diri masing-masing sebagai sahabat juang, lalu meluahkan masalah didalam perjuangan bersama-sama, sedangkan wujud jantina sejenis yang lebih afdhal? Alasan - akhawat lebih memahami?Sudahlah, syaitan lagi memahami. Astagfirullahal adzim, jauhkan lah semua ini dari kami Ya ALLAH.


Firman Allah ini sangat popular, namun ramai buat-buat tak tahu tentang kehadiran isi kandungan yang ingin disampaikan .

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ianya adalah ‘mendekati’ , bukannya ‘melakukan’ ..Allah ingin mengajar kita supaya tidak mendekati cabang-cabang zina, walau seinci!..subhanallah.nauzubillah..ihfazna ya Rahman..


3) Lelaki punyai kekuatan, bukan pada tubuh badan. Tapi kekentalan menghadapi cabaran seorang perempuan.


Sebuah hadiht sahih: Ar rasul bersabda..
'Tidak aku tinggalkan fitnah paling besar dan berat kepada anak adam,melainkan perempuan'

Akhirnya kita dapat melihat bahawa setiap lelaki inginkan kebaikan dalam setiap perhubungan, mengharapkan teman hidup yang betul-betul mampu memahami. Disinilah muncul ketakutan didalam jiwa mereka sehingga menghasilkan `usaha’ yang tak diperlukan.

Ingat, sahabat-sahabat sekalian, sekiranya benar dan ikhlas tujuan kita, usaha kita yang sebenar adalah usaha menghalang segala `usaha’ yang akan menghalang kita mendapat cinta seperti cinta Rasulullah dan Khadijah.

Allah tak zalim, cinta suci, peliharalah kesuciannya.


Di benak hati, letakkan KEYAKINAN..ikutlah cara Islam, ikutlah undang-undang tuhan, ikutlah teladan Rasulullah dan sahabat, juga salafussoleh..moga ia akan memberikan kebahagiaan di DUNIA juga AKHIRAT.

Formula : Yakin + Islam’s way = isteri @ suami solehah..=)

Insya Allah..specific for me, but rugi kalau tidak disebar-sebarkan..kan?..manfaat bersama. Andai ana juga terleka, ingatkanlah ana..ana juga seorang lelaki..:)..

Syukran ‘ihfazillah yahfazka’..

salam ukhuwah..

msb_rg8@yahoo.com
Mohamad Solehin Bin Bakri
Medik 2 USMKK

Sunday, October 26, 2008

Saidina Bilal r.a dan cinta Rasul s.a.w.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, saidina Bilal r.a antara sahabat yang tidak mampu lagi bermukim di bumi Madinah. Segala-galanya di kiri dan kanannya mengingatkan kembali kepada nostalgia bersama nabi s.a.w. Lantas beliau membawa diri ke Badariaan – sebuah tempat berdekatan Syam – untuk mengurangkan kesedihan hati.

Satu hari saidina Bilal r.a didatangi oleh baginda s.a.w dalam mimpi. Baginda s.a.w berkata: “Mengapa kamu menyepi wahai Bilal? Tidakkah kamu teringin menziarahiku ketika ini?”.

Tersedar daripada tidur dengan dalam keadaan sedih dan takut, beliau dengan segera menunggang kenderaan menuju ke Madinah dan terus mendatangi kuburan nabi s.a.w. Kesedihan menyelubungi diri, kisah pahit manis perjuangan bersama nabi s.a.w telah meletakkan cintanya kepada rasulullah s.a.w melebihi daripada segala-galanya. Kini semuanya tinggal kenangan dalam memori.

Sesuai melepas rindunya kepada baginda s.a.w di perkuburan tersebut, dia mencari-cari cucu kesayangan nabi s.a.w, Hasan dan Husin r.a. Mereka dipeluk cium tanda cinta yang tidak berbelah bahagi. Pinta mereka kepada saidina Bilal r.a; “kami berharap sangat untuk mendengar kembali azanmu yang telah dikumandangkan kepada Rasulullah s.a.w di masjid.”

Bagi tidak menghampakan harapan tersebut, bumbung masjid tempat yang selalu dia berdiri mengalungkan azan dipijaknya kembali. Azan pertama dalam sejarah Islam dari mulut bekas seorang hamba ini merupakan satu penghargaan nabi s.a.w kepadanya.

Nafas ditarik…..azan dilaungkan dengan penuh syahdu. Bila kalimah ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!’ dialunkan, bergegarlah seisi Madinah.

‘Asyahadu an la ilaha ila Allah’, jiwa penghuni Madinah makin bergetar. Suara yang pernah didengari pada waktu dan ketika nabi s.a.w masih hidup kembali memenuhi ceruk-ceruk Madinah.

Takkala laungan ‘Ashadu an na Muhammadan Rasulullah’ kedengaran, keluarlah para wanita daripada rumah-rumah mereka seraya berkata ; ‘Adakah Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan?’.

Seisi Madinah diselubungi hiba, azan saidina Bilal r.a mengingatkan kembali kepada nostalgia manis bersama baginda s.a.w. Tidaklah dilihat satu hari pun yang paling banyak manusia menangis di Madinah selepas kewafatan nabi s.a.w selain daripada hari tersebut, dek kerana rindu dan teringatkan nabi s.a.w.

Inilah tanda cinta para sahabat kepada Rasulullah s.a.w, yang sukar untuk kita temui sekarang.

(Adaptasi daripada riwayat ibnu asakir daripada sanad junaid)

Pesan Hassan al-Banna

“Duhai manusia, datanglah kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi Rasulullah s.a.w datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu Rasulullah s.a.w. Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup Rasulullah s.a.w, patut sekali datang mendengarnya daripada kami.”

‘Baginda Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar segala-galanya. Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati-hati yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang datang daripada ajarannya.’

Muhasabahlah cinta kita kepada Rasulullah.

Thursday, October 23, 2008

Sahabatku, Jalan ini Bukan Mudah. Aku Bersamamu.



Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.


Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.


Sahabat..


Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!


Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.


Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.


Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.


Tulus,
MOHAMAD SOLEHIN BIN BAKRI

Sahabatmu tercinta
Di antara dua tangisan..



Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam.

AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.

“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)

Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun ALLAH SWT telah berfirman,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”

Sunday, October 12, 2008

Andai Cinta Hendak Diberi....

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti". Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang :

1-Kuat agamanya.

Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.

Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros.

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya.

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan.

Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.

Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab.

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah.

Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...

Wednesday, October 8, 2008


Teleconference untuk pelajar perubatan tahun 1 USM

Bismillahirrahmanirrahim...

Assaamualaikum w.b.t..
Bermula dengan block central nervous system (CNS) bagi pelajar tahun 1 08/09,mereka telah diperkenalkan dengan system kuliah melalui teleconference...Apa pandangan anda? Bagaimana reaksi pelajar2 ahun 1?
konsep yang digunakan adalah pengasingan kuliah dimana dewan kuliah 4 & 7 digunakan. pensyarah akan menyampaikan kuliah di dewan kuliah 4 manakala di DK 7,pelajar akan melihat slide power point yang sama melalui system teleconference.
Pada pendapat saya,perkara ini ada pro & cons...
Antara Pro yang ada:
1) keadaan dewan kuliah yang sesak dapat diatasi
2)Memberi kesan positif kepada pelajar yang sering duduk di bahagian sisi (dapur) yang mana
memang tidak melihat lecturer sepanjang kuliah.(keadaan yg sama seperti Teleconference)

Antara cons:
1)Menyebabkan sesetengah pelajar yg lebih minat melihat kehadiran lecturer memberi kuliah
berasa tidak selesa.
2)Terbahaginya pelajar kepada kumpulan-kumpulan.(hubungan mereka terjejas)

saya yakin...terdapat lagi pro & cons yg tidak disenarai....jadi,Apa pandangan anda?
InsyaAlah,saya bagi pihak Persatuan Sains Perubatan akan membawa perkara ini untuk dibincangkan dalam pihak pimpinan persatuan.InsyaAllah,untuk masa terdekat kami cuba untuk mengumpul maklumat tentang perkara ini.(mungkin melalui survey) dan jika perlu,perkara ini akan dibawa ke pihak pusat pengajian untuk tindakan sepatutnya dapat diambil.

Mohamad Solehin Bin Bakri
Naib Yang Dipertua PSP 08/09

msb_rg8@yahoo.com

Monday, October 6, 2008

Kisah Seorang Sahabat...... (sambungan)

"memang benarlah,setiap selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan.."
itulah yang dapat diperkatakan setelah segala kekeliruan,kemusykilan,persangkaan yang membuku dihati dapat dileraikan...
ia bermula dengan hanya satu teguran..inilah yang dikatakan PERSAHABATAN....

pada petang dimana aku merasa bahawa aku sudah tidak kuat lagi berada dalam keadaan 'konflik' ini..
aku cuba kuatkan diri...tiba-tiba,aku mendapat suatu tugasan dari seorang senior.. dimana tugasan itu perlu dibahagikan kepada semua sahabat2 aku tu....pada waktu itu..Allah telah memberi kekuatan kepada aku untuk melakukan sesuatu yang aku sendiri tidak menyangka bahawa perbuatan aku tu akan mengubah situasi tegang pada ketika itu..."Ya Allah...Engkau memang pemberi Rahmat yang besar.."
waktu itu...sahabat aku tu masih lagi belum pulang dari kuliah....jadi..ape yang telah aku lakukan...aku hanya menulis satu "note" (untuk memberi tugasan)...inilah yang dikatakan rahmat...
penyelesaiannya bermula apabila sahabat aku tu balik..mungkin dia terkejut dengan kehadiran "note" itu....die pun menghantar mesej..."Betul ke sahabat? aku dah segan dah nie....knape tetibe senyap..?"
disini baru aku tahu....persahabatan yang terbina dalam diri masing2 sebenarnye tidak pernah padam..sentiasa menunggu peluang untuk memulihkan kaadaan...bagi aku...sebenarnye tidak pernah ada rasa ingin menghukum...tetapi,itulah realiti persahabatan...
bila difikirkan balik..."mengapa perlu ada perasaan buruk sangka kepada orang"..itu semua permainan syaitan yang sentiasa nak pecah belahkan kita....tapi..tu lah hakikat kita sebagai seorang manusia...
selepas pada peristiwa tu...kehidupan kami yang aku rasa semakin suram..kini semakin cerah semula...ape orang kate 'semakin hari semakin sayang' ...hehe....
inilah yang aku impikan dalam kehidupan...suatu persahabatan yang kekal,ceria dan menyenangkan hati...
hari-hari yang kami lalui semakin hari semakin sibuk...bermacam tugasan perlu diselesaikan...
tetapi semuanye diatasi dalam kaadaan ceria kerana pertolongan sahabat2...kadang kala..ade juga rasa sakit di dalam hati melihat sahabat yang relax..."eh,geram betol...aku tgk die nie.study je..aku nak study pun tak sempat.."..tetapi..aku tetap kuatkan diri..dalam masa yang sama sahabat aku sentiasa menasihatiku untuk terus bersabar..terima kasih sahabat...

bersambung.....