Wednesday, September 24, 2008

Tanda-tanda Kehadiran Lailatulqadar

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.
Tips Malam Terakhir

Tips

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan,
kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu 27/9/2008 dan Ahad 28/9/2008.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.


7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.


Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.

Thursday, September 18, 2008

Exco Tugas-tugas Khas PSP 08/09

Kejayaan menyiapkan Banner "Hari Raya"

Alhamdulillah... exco tugas-tugas khas psp,Tuan Basyirudin telah berjaya sekali lagi menyiapkan banner,sempena hari raya aidilfitri..mmg letih!!...tapi..bila tengok hasilnye..waaa....semua keletihan hilang serta mer
ta...huhu..
ramai jugak la yang tolong buat banner kali nie...semuanye kreatif-kreatif belaka...mulanye rase cam malas je nak buat..semua pakat letih...tapi,bila basyir mula...semua jadi semangat balik....

kami start buat dalam kul 11.00 pm. dalam kul 5 am baru
siap...huhu..(lame tu)...tapi yang dasyatnye..semua x putus-putus wat keje....semua boleh dikatekan bersemangat lah!!!...hehe...
nie lah die exco2 PSP tahun nie...semuanye besemangat!!!...

ada jugak orang tanye..knape ek kita tak print je banner...??bukan mahal sangat pun...tapi ape yang ana jelaskan.."kita x bley print..takut rugi..sbb..next kepimpinan..x semestinye diorang nak pakai balik banner2 tu....tol x??
jadi...HICOM pun memutuskan..semua banner kita cat sendiri..huhu...

Jadi..kat sin..ana nak merakamkan seinfiniti terima kasih kepada semua sahabat2 yang terlibat dalam menyiapkan banner nie....hanya Allah yang dapat menilai segala apa yang kita lakukan...

"Kebajikan Terjaga,Akademik Terpelihara"

Mohamad Solehin Bin Bakri
msb_rg8@yahoo.com
013-9886379


Wednesday, September 17, 2008

Gerakan Pencegahan

Gerakan sudah bermula

KUBANG KERIAN 17 Sept- Sekumpulan pelajar telah mengadakan satu gerakan mencegah couple di USM kampus kesihatan hari ini.Berita ini dilaporkan sejurus semua pelajar tersebut pulang dari mengadakan gerakan.enurut laporan,keaadaan gejala ber'couple' di USM pada hari ini terkawal dimana tidak berapa kelihatan kelibat golongan-golongan yang bergiat dalam industri per'couple'lan ini.Ini menunjukkan satu suasana yang baik di dalam kampus yang mana sangat di impikan oleh semua penduduk kampus.Menurut laporan,gerakan ini mungkin akan meneruskan gerakan mereka untuk membanteras habis-habisan industri ini.Mereka juga memohon agar semua pihak dapat memberikan kerjasama yang baik bagi menjamin kesejahteraan sejagat dapat dicapai.Apabila ditanya dengan lebih lanjut mengenai perkara ini,mereka tidak mahu mengulas lanjut.



Tuesday, September 16, 2008

Kisah Seorang Sahabat......



Selepas berakhirnya cuti semesta,maka bermula lah kehidupanku di kampus...pada hari dimana semua pelajar mula mendaftar desa...aku bersama sekumpulan sahabat yang lain telah dikejutkan dengan berita bahawa kami tidak mendapat tempat diasrama...
"Aduh!..macam mana bley jadi cam nie....involve banyak program..merit pun banyak..macam mana bley dok luar nie!!..."
itulah antara keluhan yang dapat kudengari dari semua orang yang tak berpuas hati...
jadi...setelah sehari menunggu jawapan dari pihak desa mengenai isu ini...semua berasa seperti hanya dipermain-mainkan...jawapan yang dibrikan hanyalah seperti melepaskan batuk ditangga...

jadi...kami semua bertekat untuk pasrah dengan apa yang ada....
Bermula pada hari itu...bermula lah kisah baru hidup sekumpulan pelajar yang menganggap diri merek dianiaaya...tetibe ada dikalangan kami mengatakan "xpe la...kita rehda je...buat masa nie kita dok je dulu kat ten-ten(bukan nama sebenar) nie...nnt kalau ada rezeki..kita pindah arr umah sewa".. dengar kata-kata tu..aku berasa bersemangat dengan harapan..ukhwah kami mungkin akan menjadi lebih mantap sbab dok 1 rumah....jadi..aku pun mula berusaha mencari rumah untuk disewa...macam-macam pendapat diorang bagi..ada suruh amik umah tu..umah nie...aku jadi pening....

tetibe ada sorang abang tu datang jumpe aku..."eh,abg denagr ada orang nak bg sewa umah...kalau nak bley la abg bawak g jumpa tuan umah tu...nak tak??.." aku pun apa lagi..." owh...btol ke??....bley-bley..."
pada hari yang sama jugak aku g tgk umah yang bakal kami sewa tu....

sesampai je kat umah tu.."wah....lawanye umah nie....btol ke umah baru nie yang nak disewakan...tuan die pun tak dok lg...mustahil nie.." tetibe tuan umah tu pun cakap...."ok x umah nie...saya mmg tak dok lag umah nie...mmg beli untuk disewakan..." tekejut aku dengar...
tapi inilah yang dikatakan rezeki..."rezeki tu satu jaminan daripada Allah.."

selepas berbincang dengan tuan umah tu n bincang ngan semua sahabat...semua kata setuju nak sewa umah tu....apa lagi..ujung minggu tu kami pun terus berpindah dari ten-ten(bukan nama sebenar) ke rumah baru....
setelah sekian lama tinggal di umah baru...penat rasenye berulang alik ke kampus yang jaraknye 1/2 kilometer...."hari-hari macam nie penat la aku....macam mana bulan pose nnt..mesti letih" jd,aku pun amik keputusan untuk beli moto.... "owh....ada hikmah dok luar sebenarnye....dapat gak aku beli moto..kalau tak mesti maka ak x bg beli.."...
selepas dapat moto baru,,...jd,mudah lah pergerakan aku ke mana-mana pun..ke kuliah,meeting dan sebagainya....
sehari ke sehari...aku dapati ukhwah diantara sahabat2 semakin rapat....dapat makan sekali... solat sekali..g kuliah sekali...alamak..bestnye hidup....
tapi...seperti mana yang kita tahu...langit tak selalunya cerah.... ada la beberapa konflik dalaman berlaku diantara sahabat2.....jadi ada lah diantaranya yang x bertegur.... aku berasa...hidup dalam umah nie macam tak bermakna lagi....tak seceria dulu...aku sangat merindui keadaan seperti dulu..."Ya Allah!..kenapa jd macam nie....engkau kembalikanlah kebahagiaan kami seperti sedia kala...aku tak bley idup dalam keadaan salah seorang sahabatku tidak seceria dulu...." tu lah orang kata...bila dah duduk skali..baru lah kita tahu siapa kawan ,siapa sahabat,siapa teman dan siapa musuh....tapi...bagi aku...semuanye adalah masih sahabat aku... aku sangat menyayangi mereka...kemanisan bersahabat sudah dapat ku rasai...tetapi hanya sekejap...
tetapi,aku sangat yakin bahawa keadaan seperti dulu akan kembali...aku sedang berusaha ke arahnya...."Ya Allah..bantulah aku......"

Bersambung....

P/S: cerita teladan...

Monday, September 15, 2008

Jangan Merajuk Wahai Da'ie


Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah.. .

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...

"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya
"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56- 57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa' :87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…

Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...

Sunday, September 14, 2008

Saturday, September 13, 2008

"Puisi Dakwah"


JIHAD!!!


Katakanlah:

‘ inilah jalanku,
aku mengajak kalian kepada Allah dengan bashiroh,
aku dan pengikut-pengikutku
Mahasuci Allah!
dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik

Jalan dakwah panjang terbentang jauh ke depan
Duri dan batu terjal selalu mengganjal,
lurah dan bukit menghadang
Ujungnya bukan di usia,
bukan pula di dunia
Tetapi Cahaya Maha Cahaya,
Syurga dan Ridho Allah Cinta adalah sumbernya,
hati dan jiwa adalah rumahnya.

Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu
Nikmati perjalanannya,
berdiskusilah dengan bahasa bijaksana
Dan jika seseorang mendapat hidayah karenamu
Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya…



Pergilah ke hati-hati manusia,
ajaklah ke jalan Rabbmu
Jika engkau cinta maka dakwah adalah faham,
Mengerti tentang Islam,
Risalah anbiya dan warisan ulama
Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya
Seperti Mughiroh bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra

Jika engkau cinta maka dakwah adalah ikhlas menghiasi hati,
memotivasi jiwa untuk berkarya Seperti kata Abul Anbiya,

“Sesungguhnya shalatku,
Ibadahku,
hidupku,
dan matiku semata bagi Rabb semesta".
” Berikan hatimu untuk Dia,
katakan “Allah Ghayatuna”

Jika engkau cinta maka dakwah adalah amal
Membangun kejayaan ummat kapan saja di mana saja kamu berada
Yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan,
al ishlah wa taghyir
Dari diri pribadi,
keluarga, masyarakat hingga
Negara Bangun aktivitas secara tertib untuk mencapai kejayaan


Jika engkau cinta maka dakwah adalah jihad
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan
Tinggikan kalimat Allah rendahkan dugaan syaitan durjana
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya
Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangku tangan


Jika engkau cinta maka dakwah adalah taat
Kepada Allah & Rasul, Al-Qur’an & Sunahnya Serta orang-orang bertaqwa
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah
Karenanya nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah


Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsabat
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan
Buah dari sabar meniti jalan,
teguh dalam barisan
Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan




Jika engkau cinta maka dakwah adalah tajarrud
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’I sebelum apapun adanya engkau
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya selingan


Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsiqoh
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan
Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan junudnya
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya…
Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah


Jika engkau cinta maka dakwah adalah ukhuwah
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia,
utamanya mukmin mujahidin
Lapang dada merupakan syarat terendahnya,
itsar bentuk tertingginya
Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’I dalam cintaNya
Berjumpa karena taat kepadaNya
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah
Saling berjanji untuk menolong syariatNya

Khalifah Berjiwa Hamba....



Sebelum menjadi
Khalifah,Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a. selalu menolong seorang wanita
tua lagi janda yang menjadi jirannya.Setiap pagi beliau tolong memberi
makan unta-unta jirannya itu serta memerah susunya.Amatlah lega dan lapang
hati wanita tua itu,apatah lagi beliau tidak punya anak lelaki yang boleh
membantunya.Yang ada pun cuma anak perempuan!
Setelah Sayidina Abu
Bakar diangkat menjadi khalifah,jirannya itu pun susahlah hatinya
memikirkan siapa yang akan menolongnya memberi makan unta-untanya serta
memerah susunya.Ia menyangka tentulah Sayidina Abu Bakar tidak sempat
menolongnya lagi, maklumlah dah jadi khalifah umat Islam, tentulah
sibuk.Tentulah banyak perkara besar-besar dalam negara yang hendak
difikirkan oleh beliau.Tak kanlah beliau sempat nak fikir hal unta-untanya
itu,begitulah congak wanita itu seorang diri.

Kebimbangan yang
melanda hati perempuan tua itu rupa-rupanya disedari oleh Sayidina Abu
Bakar, lalu beliau berjumpa wanita tua itu sambil berkata:

" Wahai
jiranku, janganlah puan merasa bimbang. Sekalipun saya telah menjadi
khalifah, namun jawatan itu tidak akan menghalang saya terus menolong
puan."

Amatlah terharunya wanita tua itu melihat kerendahan hati
Amirul Mukminin. Bertambah-tambahlah kasihnya kepada pemimpinnya itu.
Sungguh mulia hati beliau yang sanggup berkhidmat kepada rakyat bawahan
sepertinya. Padahal, beliau boleh perintahkan sapa-sapa saja buat kerja
itu. Beliaukan
khalifah.Maka setiap hari Sayidina Abu Bakar datang
memberi makan
unta-unta jirannya itu.Suatu hari, Sayidina Abu Bakar
mengetuk pintu rumah wanita itu sambil memberi salam. Anak perempuannya
datang melihat siapa yang datang.

Wanita itu bertanya dari dapur,
"Siapa yang datang tu nak?"

Anaknya spontan menjawab, "Tukang perah
susu unta kita bu!"

Wanita itu terkejut apabila mengetahui yang
datang itu adalah khalifah. Lantas dia memarahi anaknya, "Itu Amirul
Mukminin!"

Sayidina Abu Bakar tersenyum sambil berkata, "Biarkan
dia.Dia memanggil aku dengan gelaran yang sebenarnya.Dan itulah panggilan
yang paling aku sukai."

Begitu sekali ketinggian akhlak Sayidina
Abu Bakar r.a.Hatinya benar-benar merasa dirinya hamba Tuhan yang hina
dina sehingga tidak inginkan apa-apa pujian.Baginya seala pujian hanya
layak untuk Tuhan.

"Taklifan sebagai Naib Yang Dipertua Persatuan"


Bermula 6 ogos 2008,bermulalah kisah dimana ana telah ditaklifkan sebagai NYDP Persatuan Sains Perubatan USM...bermula dari detik inilah ana yang dulunya seorang yang banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan kini bertukar dengan meeting-meeting...pada mulanye,ana rase macam nak menangis dengan meeting-meeting yang ada....tapi alhamdulillah...ana mendapat dorongan dari sahabat-sahabat supaya menjadi lebih kuat untuk mengharungi kehidupan ana sekarang...sahabat ana selalu mengatakan bahawa,apa yang ditaklifan epada kita itu merupakan taklifan daripada Allah...jadi ia patut dilaksanakan dengan hati yang terbuka dan ikhlas kerana Allah....tapi,ana sangat takut sebenarnye kerana semua ini akan dipersoalkan kelak.sepertimana sabda Rasullullah s.a.w:

"Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap dikalangan kamu akan di persoalkan tentang apa yang dipimpin"

jadi..ini merupakan sesuatu yang berat dan perlukan penelitian yang sangat tinggi bagi ana...justeru,ana memohon kepada abg-abg dan kakak-kakak agar dapat membantu ana dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan kepada ana nie....semoga apa sahaja yang kita lakukan akan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t insyaAllah...

msb_rg8@yahoo.com
(Mohamad Solehin Bin Bakri)

Friday, September 12, 2008

Selamat Datang.....

Assalamualaikum...Terima kasih kerana melayari blog ini..Bukan untuk publisiti tetapi untuk mencetus idea-idea baru yang dapat menjana ummah insyaAllah....sehari-hari,kita selalu dikhabarkan tentang berita-berita tentang pengkhianatan tentang islam...jadi,tugas kita sebagai salah seorang penganutnya adalah menangkis segala spekulasi yang ditujukan agar salah anggap tentang islam itu tidak terus menjadi nanah yang mana satu hari akan merebak dengan serius. tujuan ana menulis blog ini adalah untuk sama-sama kita memikirkan,apa yang perlu kita lakukan untuk membangunkan islam di bumi kita berpijak ini...ini merupakan tugasan yang sangat penting yang mana akan dipersoalkan di akhirat kelak..justeru,sama-samalah kita meneguhkan ukhwah,meningkatkan ibadah dan memperkuat islah dan da'wah...Allahu akbar!!!!

msb_rg8@yahoo.com
Mohamad Solehin Bin Bakri